Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam Rekreasi

‘Kita Masuk Berbayar, Sediakanlah Lifeguard’ – Luahan Saksi Kejadian Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam Rekreasi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belakangan ini, seringkali kita terbaca berita yang memaparkan kes lemas melibatkan kanak-kanak walaupun kawasan terbabit dipenuhi orang ramai.

Tular sebuah perkongsian dari seorang pengunjung di salah sebuah pusat rekreasi yang terletak di Johor yang menjadi saksi kejadian seorang kanak-kanak lemas di situ.

Pengguna Facebook bernama Siti Amalina Nadia, terpanggil meluahkan kekurangan dari aspek keselamatan di kolam rekreasi berbayar hingga boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam Rekreasi
Sumber: Facebook

Satu perkara yang saya perasan sekarang ini, memang payah nak jumpa kolam berbayar yang ada lifeguards atau sekurang-kurangnya ada ilmu menyelamat orang lemas. Yang depa tau, letak orang depan kaunter untuk ambik bayaran bila orang nak masuk. Melainkan taman tema besar-besar ya.

Cuma nak tanya, kalau nak bukak kolam-kolam untuk riadah macam tu dan berbayar, boleh buka macam tu saja atau kena ada lesen? Ada tak petugas khas yang kena check setiap kolam-kolam yang dibuka untuk check safety features untuk orang ramai?

Ada pelampung keselamatan tak? Apa yang saya perhati tadi, tempat tu memang kedalaman agak bahaya untuk kanak-kanak juga, tambah kat bahagian gelongsor besar panjang.

Masa saya mula-mula turun, saya sendiri pun dah terasa dalam masa menghala ke tangga untuk naik dari kolam tu. Terus saya minta suami dan anak saudara yang besar untuk tunggu di bawah sementara saya pulak tunggu di atas uruskan yang lain dari atas gelongsor.

Tengoklah selepas gelongsor tu, panjang mana kolam dia. Tapi ada perasan tak mana-mana pelampung keselamatan terselit kat celah-celah situ? Maafkan jika saya salah, tapi memang saya tak nampak pelampung keselamatan di bahagian situ.

Kalau kes budak-budak yang baru nak lemas, mungkin pelampung tu sangat berguna untuk orang awam yang tak confident berenang.

Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam Rekreasi
Sumber: Facebook

Masuk berbayar, sekurang-kurangnya sediakan lifeguard

Kita masuk berbayar, apa salahnya, sediakan lifeguard khas untuk memerhati di sudut-sudut tertentu, yang semestinya tahu ilmu menyelamat orang lemas juga.

Dan saya dapat tahu, ini bukan pertama kali budak lemas dan meninggal. Tahun 2018, dua orang kanak-kanak meninggal tempat yang sama adik ini dijumpai lemas. Masih belum ada penambahbaikan lagi ke untuk keselamatan pengunjung?

Ini adalah sedikit luahan saya yang juga saya tuju kepada pemilik-pemilik kolam mandian untuk riadah di Malaysia. Bukannya semata-mata tuju kepada owner kolam renang ni.

Terutamanya musim cuti ni, lagi ramai kanak-kanak dan pengunjung. Mungkin boleh letak sedikit budget utk lifeguard. Bila perkara macam ni jadi, nama kolam anda akan terpalit.

Dan akan effect kehadiran pengunjung. Lepas beberapa ketika org dah lupa, orang akan membanjiri semula. Penting untuk pemilik fikirkan faktor keselamatan untuk pengunjung.

Dalam pada itu, Siti Amalina juga mengakui ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka namun ada kalanya boleh terlepas pandang walaupun seketika.

Tambahnya lagi, biarpun ramai orang dewasa di sana, namun tidak semua mengetahui dan ada ilmu bantuan kecemasan CPR. Di situlah pentingnya untuk pihak pengurusan meletakkan petugas yang mengetahui ilmu menyelamat.

Sumber: Siti Amalina Nadia