Tangkap layar dari Facebook Che Engku Khairunnisa

Netizen Terharu Dan Kagum Melihat Kegigihan YB Kak Lah Bantu Mangsa Banjir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Banjir buruk yang melanda negeri Kelantan dan Terengganu sejak minggu lalu menyaksikan ribuan mangsa terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Beberapa jalan utama yang turut dinaiki air menyukarkan lagi usaha-usaha untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

Ini tidak menjadi alasan bagi Ahli Parlimen Rantau Panjang, Yang Berhormat Ustazah Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff atau lebih popular dengan gelaran Kak Lah untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Sebagai ahli politik wanita dari PAS yang pertama dilantik sebagai Timbalan Menteri dan diberi tanggungjawab menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, usaha beliau membantu mangsa banjir baru-baru mendapat perhatian ramai netizen.

Tiada liputan media besar-besaran mahupun konvoi beramai-ramai bersama wartawan dan jurugambar, Kak Lah tanpa menghiraukan penat lelah terus cekal menyalurkan bantuan.

Walaupun kurang sihat, Kak Lah juga dilihat seperti tidak terlalu mengambil berat penampilan dirinya untuk sentiasa kelihatan ayu demi untuk ‘berposing’ di depan kamera malah sanggup memberikan seliparnya kepada mangsa banjir.

Inilah yang mendapat perhatian seorang pengguna Facebook, Che Engku Khairunnisa yang membuat hantaran berikut bagi menyanjungi perwatakan beliau.

Perkongsian yang dibuat Che Engku Khairunnisa tersebut kini sedang hangat mendapat komen positif dari netizen serta mendapat lebih 5 ribu ‘Likes’ dan telah di’Share’ lebih 2 ribu kali.

Tangkap layar dari Facebook Che Engku Khairunnisa
– Tangkap layar dari Facebook Che Engku Khairunnisa

Nampak tak kaki YB Kak Lah tu?

Berstoking sahaja kan? Selipar takde,

Tahu tak ke mana selipar beliau? Beliau bagi kepada seorang mangsa banjir Rantau Panjang yang dilihatnya berkaki ayam. Terus diberi selipar di kakinya dengan alasan,

Takpe, saya ada satu lagi selipar dalam kereta”.

Tidak hairanlah YB Kak Lah jadi kesayangan penduduk Rantau Panjang.

Allahurabbi, semalam ada mesej dengan anak beliau.

“Doakan ummi juga, bukan sihat sangat tu, kadang balik rumah sampai tangan tak boleh angkat sebab penat sangat.”

Sampai kat rumah baru perasan badan dah penat,

Tapi depan mata kita, tidak pernah beliau tunjuk riak penat dan mengeluh.

Wanita besi ini pernah saya tanya dalam satu forum,

“Kak Lah ada amalkan pemakanan yang tertentu ke untuk kekal bertenaga? Ada tips apa-apa ke? Kerana kalau tengok jadual Kak Lah, mana ada yang kosong, semua penuh”.

Jawab beliau,

“Tidak Khairunnisa, makanan saya sama je dengan orang lain, takde yang luar biasa. Cuma kalau saya terlalu penat, saya akan duduk satu sudut, habiskan Zikir Fathimiah,

– Subhanallah 33 kali

– Alhamdulillah 33 kali

– Allahuakbar 34 kali

Alhamdulillah lepas selesai baca tu, Allah bagi rasa rehat yang cukup walau sekejap. Rehat ni tak perlu lama, hanya perlu cukup dan berkat.”

MasyaAllah,

Semoga Allah sentiasa limpahi kurnia dan memberkati YB Kak Lah sekeluarga, menjadi hamba Allah yang sentiasa menuntun insan lain kembali kepada Allah, atas setiap kurniaan dan dugaan.

Tengok plastik agihan makanan yang berlonggok-longgok tu? Ada poster YB Kak Lah?

Takde pun, kerana gambar dan poster YB Kak Lah sudah lekat dalam minda rakyat Kelantan.

Beza sungguh insan yang berjuang kerana Allah..

#AslimTaslam
#LillahWaFillah
#TintaMujahidah

Sumber: Che Engku Khairunnisa