Tangkap layar dari Facebook Saif Suhairi

Nak Main PS4 Pun Boleh, Masjid Di Amerika Syarikat Ini Sediakan Aktiviti Menarik Untuk Golongan Anak Muda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di Amerika Syarikat, bagi menggalakkan anak-anak muda gemar mengunjungi sebuah masjid, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk mereka.

Antara aktiviti yang disediakan oleh jawatankuasa masjid tersebut ialah menyediakan meja permainan ping pong, kelengkapan senapang permainan Nerf gun dan juga konsol permainan video Sony PlayStation 4 (PS4).

Situasi ini merupakan perkara biasa yang berlaku di sebuah masjid yang dipercayai terletak di daerah Newark, Delaware, Amerika Syarikat.

Menurut sumbernya, Saif Suhairi yang telah membuat hantaran Facebook mengenai perkara ini, kanak-kanak di sana dibiarkan sahaja bebas meluangkan masa di dalam masjid.

Orang dewasa pula tidak melarang malah membiarkan sahaja golongan muda ini untuk bermain-main di dalam persekitaran masjid.

Beliau yang menerima kunjungan seorang rakannya dari Malaysia turut memberitahu, rakannya tersebut terkejut kerana budak-budak dibiarkan sahaja bebas untuk bermain.

Paling mengejutkan bagi rakannya tersebut ialah di Amerika Syarikat, seolah-olah tiada lagi penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pandemik juga seperti telah berakhir.

Rakannya itu juga turut memberitahu orang ramai di sana sudah tidak menjaga penjarakan sosial, tidak lagi memakai topeng muka serta telah merapatkan saf ketika solat berjemaah di masjid.

Suasana sebegini amat dirindui rakannya tersebut kerana di Malaysia, masih tidak banyak perubahan berlaku walaupun 2 tahun telah berlalu.

Dalam hantaran yang dibuat oleh Saif Suhairi tersebut, beliau turut sertakan sekali beberapa foto bagi menggambarkan suasana sebenar di dalam masjid tersebut.

Di ruangan komen, beliau turut menjelaskan bahawa beliau sebenarnya bekerja di Ushopus dan mempelawa mereka yang berminat untuk membeli barangan dari Amerika Syarikat untuk menghubunginya.

Komen-komen dari netizen pula, ramai yang memberi pandangan dan pengalaman sendiri mengenai situasi masjid-masjid di Malaysia.

“Baguslah. Nak tengok Islam yang betul kena tengok di negara bukan Islam. Ini kalau kat Malaysia ni, budak-budak ni dah kena tendang keluar dengan pak imam.” – Anas Asarani

“Kalau buat kat sini…mau mengamuk pakcik-pakcik zuhud semua…sat gi marah dok buat benda lara dalam masjid buat apa…jangan kata nak buh meja ping pong…nak buka booth meniaga pun kena marah…jangan meniaga dalam masjid katanya…🤣🤣🤣.” – Khairul Fazly Jaffar

“USA okey aje.. habis main kita kemas dan time solat kita solat.. kebersihan dan kekemasan sentiasa dijaga..” – Shahrulmiza Zakaria

“Pak lebai dekat Malaysia. Kalau kau masuk masjid siang-siang kena pandang atas bawah umpama nak curi duit tabung masjid”. – Hafiz Zakaria

“Sebenar tu masjid bukan sekadar tempat solat je. Menurut pasal nabi dulu, dia juga anjurkan masjid sebagai community center agar tak sepi senyap je bile habis masa solat.” – Rayziz Crown

Tangkap layar dari Facebook Saif Suhairi
– Tangkap layar dari Facebook Saif Suhairi

BACA: Pasang ‘Speaker’ Kuat-Kuat Untuk Semua Aktiviti, Masjid Di Taman Perumahan Ini Undang Rasa Kurang Senang Penduduk

Sumber: Saif Suhairi