
“Dia Datang Naik Myvi Je” – Pengajaran Dari Sebuah Kisah ‘Reunion’ Sekolah Dengan ‘Plot Twist’ Yang Tidak Dijangka
Menghadiri majlis perjumpaan semula sekolah atau ‘reunion’ semestinya meninggalkan satu pengalaman yang manis buat semua.
Ketika inilah rakan-rakan yang telah lama terpisah dapat bersua kembali, malah bibit-bibit cinta pertama zaman sekolah juga bisa berputik semula.
Namun, ada juga segelintir yang berperangai gemar menunjuk-nunjuk dan suka menayangkan kemewahan mereka kepada orang lain.
Mereka ini juga lebih suka membandingkan kereta siapa lagi mewah, rumah siapa lagi besar, suami siapa lebih berpangkat, bini siapa lagi ramai, anak siapa lagi comel dan macam-macam lagi.
Melalui Facebook, Shaari Anuar telah berkongsikan satu kisah pengajaran yang sangat berguna yang telah dialami sendiri oleh seorang pelanggannya 10 tahun yang lalu.
Mereka yang gemarkan ‘plot twist’ ala-ala filem M. Night Shyamalan atau pengakhiran filem The Usual Suspects (1995) ketika identiti Keyser Söze didedahkan pasti menyukai kisah perkongsian Shaari Anuar ini.

Ramai je dari kita yang pergi kenduri kahwin, gathering, dengan niat berlumba-lumba untuk menonjol siapa paling kaya dan berjaya.
Dan mereka cari networking yang sesuai dengan mereka, untuk berbusiness semata-mata.
Dengan bahasa lain, mereka cuba berkawan dengan bersyarat.
Teringat cerita salah seorang client Public Mutual saya ni, cerita 10 tahun lepas.
Dia ada shared dengan saya, dan segar di memori saya, untuk dijadikan pengajaran untuk saya juga.
Katanya, rakan-rakan sekolah, ada buat perjumpaan reunion.
Lebih 30 tahun mereka tak berjumpa, then dia orang plan buat gathering.
Time gathering tu, biasalah masing masing beritahu career masing masing,
Turn dia, dia cakap, dia dah tak kerja sebab VSS dan niaga kecil-kecilan.
Katanya, memang nampak layanan berbeza, yang ada pangkat, yang join politik, memang rancak diberi keutamaan.
Kalau yang biasa-biasa tu, setakat layan lebih kurang, ambil syarat tanya khabar je.
Time nak balik, yang ada pangkat ni masing masing tukar kad, tukar-tukar nombor, dan siap hantar ke lobby, tunggu budak valet hantar kereta.
Time dia, tak ada yang beria-ria nak tanya itu ini, termasuk kawan baik dia dulu-dulu.
Sebab, dia datang naik Myvi je.
Tapi yang banyak melayan dia ialah bendahari untuk event tersebut.
Tak habis-habis dia ucap terima kasih dan hantar sampai ke lot parking.
Literally, dia ucap terima kasih tu, sebab client saya ni contribute 50% dari kos event kat hotel tersebut.
Tanpa orang lain tahu, except bendahari tu.
Dan dia orang tak tahu, memanglah dia ambil VSS, tapi masih jadi penasihat.
Corporate Advisor.
Dan ada share dalam anak syarikat company construction yang terkenal ni.
Kereta Myvi dia pakai tu, kereta anak dia yang bawa pergi ke kolej.
Sebelum berpisah, dia sempat beritahu pada rakan bendahari tu.
Alangkah indahnya zaman mereka budak-budak dulu.
Masing-masing tak ada apa-apa.
Berkawan tanpa bersyarat, tanpa memikirkan untuk project dan tender.
Sama-sama cover each others, bila buat kesalahan.
Semua jujur dan ikhlas. Tanpa letak apa syarat.
Saya ambil pengajaran dari cerita client multi millionaire saya ni.
Pi mana-mana nak berkawan dengan semua level, ok je.
Tapi, kalau yang negative, complaint itu ini, saya minta diri cepat-cepat la.
Sebab, penat otak nak handle.
BACA: Kenapa Ada Orang Tak Suka Datang ‘Reunion’ Sekolah? Balik-Balik Muka Sama
Sumber: Shaari Anuar
Trending now



