
Bersedekah Tapi Menyusahkan Orang Lain – ‘Teguran Mesra’ Buat Jemaah Malaysia Di Tanah Suci
Amalan bersedekah sememangnya merupakan satu amalan yang mulia dan rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurahnya.
Namun, tanpa disedari, amalan tersebut yang didapati kerap dilakukan oleh jemaah Malaysia yang mengerjakan umrah, rupa-rupanya menyusahkan lagi penerima sedekah itu sendiri.
Walaupun masih bersyukur, mereka yang terdiri dari golongan pekerja sapu sampah, jurubersih atau ‘cleaner’ yang diberikan sedekah tersebut sebenarnya ‘pening kepala’ setiap kali jemaah dari Malaysia datang menghulurkan sedekah.
Perkara ini ditegur oleh ustaz Abu Iman melalui Facebooknya yang mendedahkan amalan mulia ini yang secara tak langsung, menyusahkan lagi orang lain.
Pendapatnya turut disokong dan dihuraikan secara terperinci dan panjang lebar lagi di Facebook Nota Perempuan Backpacker beserta dengan tip bersedekah – BAGAIMANA NAK MUDAH BERSEDEKAH DI TANAH SUCI DAN MEMUDAHKAN URUSAN PENERIMA SEDEKAH SEKALI GUS?
Apa sebenarnya isu sedekah orang Malaysia ni? Jom ikuti kupasan mereka.

Dah bertahun-tahun dekat Mekah saya duk perhatikan hal ni, kesian dekat pekerja sapu sampah dekat Mekah.
Saya ingat memang sesetengah jemaah macam tu. Rupanya lagi teruk lagi siap ada orang lain dan ustaz-ustaz ajarkan supaya guna duit RM1 untuk sedekah dekat Mekah.
Nak sedekah tu tak salah, bagus niat tu, tapi dah menyusahkan mereka pula. Money Changer manalah terima duit RM1. Merata-rata pula dia orang nak cari orang untuk tukarkan duit RM1 tu, merayu-rayu kadang tu.
Saya dan kawan-kawan mutawif lain memang tempat hotlah mereka datang minta tolong. Sekali-sekala bolehlah juga saya nak tolong. Tapi masalahnya duit tu tebal-teballah juga nak bawa balik Malaysia. Lepas tu, kami pun memang nak kena pakai duit Saudi dekat sana. Buat apa kami nak kumpul duit RM1 banyak-banyak dekat sana?
Sedekah tu dah baik, tapi dah menyusahkan banyak pihak.
Jadi, kalau nak sedekah, tolonglah sedekah dengan duit yang selayaknya dekat sana iaitu Saudi Riyal, ya?
Belilah barang dekat kedai runcit Mekah dan tukarlah duit riyal kecil-kecil dan sedekahkanlah. Itu yang terbaik.

BACA: Jemaah Perlu Mahir Guna Telefon Pintar Sebagai ‘Syarat’ Tunai Umrah
Sumber: Abu Iman, Nota Perempuan Backpacker
Trending now



