
Gempar! Bagaikan Babak ‘Snakes On A Plane’, Pesawat Ini Terpaksa Melakukan Pendaratan Kecemasan Di Kuching
Seekor ular didapati dengan ‘selamba’ menyusur di bahagian lampu sebuah pesawat dan memaksa juruterbang pesawat tersebut membuat pendaratan cemas.
Ini bukan plot sebuah filem, tapi betul-betul kejadian yang berlaku di Malaysia. Pelakon Samuel L. Jackson juga tidak terlibat dalam cerita ini.
Video yang hanya berdurasi 10 saat tersebut sedang tular di TikTok dan dikongsi oleh pemilik akaun @edal8808.
Menurutnya, pesawat tersebut sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Tawau, Sabah.
Namun, pendaratan kecemasan terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam.
Di ruangan komen, seorang lagi pengguna TikTok @jelingan7889 yang turut berada di dalam pesawat itu menceritakan detik-detik yang mencemaskan semasa kejadian.
“Saya pun ada landing kat Kuching tadi…ingat sebab hujan lebat ..rupanya sebab ular,” jelasnya.
Seorang lagi, @norhidayamohdbust turut menambah, “Ingat landing kat Kuching tadi sebab hujan lebat sangat…tu yang hairan kenapa ada bomba depan pintu kapal.”

Ramai netizen yang lain pula masih sempat membuat komen dengan nada bergurau.
“Ni betul-betul Snakes on a Plane ni..” @azqiqanna
“Samuel L. Jackson ada datang jerit ENOUGH IS ENOUGH?” @chris_2w
“Ni mesti kes lama sangat tak balik kampung..tiket pulak mahal..menyelinap masuk diam-diam..kan dah jadi warga Kuching.” @nursyakirah1494
“Ya Allah..macam manalah dia boleh masuk, tiada yang nampak dia naik tangga kah?” @kasniatinia78
“Untung ular, dapat free flight, last-last kantoi.” @batad89
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat penerbangan yang terlibat. Nasib ular tersebut juga tidak diketahui.
BACA: Kanak-Kanak Tawau Tumbuk Mata Buaya Elak Dibaham
Sumber: TikTok @edal8808
Trending now



