
“Kalau Nak Eksklusif Jadi Tiong Hwa Yang Tulen, Pindahlah Ke Republik Rakyat China”, Apek Cina Tegur Kaumnya Sendiri
Personaliti media sosial yang juga pemilik akaun Facebook Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai sering mencetus kontroversi kerana pandangannya yang selalu berbeza.
Pemikirannya juga dikatakan tidak seperti kebanyakan individu dari kaumnya sendiri dan beliau turut terkenal kerana sering lantang mengangkat martabat Bahasa Melayu.
Sebelum ini, beliau yang juga seorang peguam turut pernah menegur seorang barista kerana tidak menggunakan Bahasa Melayu ketika berurusan dengan orang ramai.
Selepas beberapa kali ‘dihentam’ oleh ramai kenalan yang sama bangsa dengannya hanya disebabkan oleh isu-isu kecil, Apek Cina akhirnya membuka mulut melalui satu hantaran Facebook.
Ikuti teguran beliau mengenai 6 isu remeh berikut hinggakan beliau dilabel sebagai seorang yang ‘menjual kebudayaan’ kaum sendiri.

Saya sering dikatakan oleh chauvanis Cina (ataupun kenalan) bahawa saya “menjual kebudayaan kaum saya” dengan:
-pakai sarung (tiap-tiap hari),
-guna Bahasa Melayu dalam posting,
-tidak menyokong UEC,
-makan makanan Melayu hampir setiap hari,
-kerap taip mesej WhatsApp dalam BM dengan orang bukan Melayu,
-pakai songkok waktu perayaan
dan sebagainya.
Saya pakai sarung sebab sedap tidur. Korang pakai spender tu bukan jual kepada Mat Salleh ke?
Saya pakai BM sebab majoriti Keluarga Malaysiaku boleh faham. Ni Malaysia ke Republik Rakyat China?
Saya tidak sokong UEC sebab saya budak SPM dan saya rasa tiada perlunya ada UEC di negara kita. Habis semua budak SMK jual kaum? Kami majoriti tahu!?
Saya makan Nasi Lemak, Nasi Goreng Kampung, tempoyak, petai, belacan, tu sebab sedap!
Taip WhatsApp dalam BM sebab senang!
Pakai songkok waktu perayaan sebab hormat!
Untuk makluman, terdapat golongan Tiong Hwa yang hanya guna BM, pakai sarung, makan Melayu, dan mencipta satu kebudayaan yang campurkan Melayu dengan Etnik Han.
Peranakan namanya.
Keindahan kedua-dua kebudayaan ini boleh digabungkan sebagai satu kebudayaan Baru yang lagi menarik.
Malaysia adalah Tanah yang kita saling cari persamaan dan memperkasakannya.
Bukan eksklusif yang mengasingkan kaum lain.
Kalau nak eksklusif jadi Tiong Hwa yang tulen, pindahlah ke Republik Rakyat China. Sana semua geng korang.
Sumber: Zee How Tai
Trending now



