garam kasar lada sulah

Amalkan 2 Bahan Ini, InsyaAllah Badan Rasa Lebih Ringan, Boleh Tidur Dengan Nyenyak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah tak anda berasa tak sedap badan, otot sakit-sakit dan kurang tidur yang menyenyakkan?

Jika ada, apa kata anda cuba perkongsian oleh saudara Muhamed Azizi Nan ini. Menurut beliau, ilmu ini beliau dapat melalui tontonan video rawatan Ustaz Hanafi. Jom kita ikuti.

Garam Kasar 2 kg + Lada Hitam 100 g

Saja aku nak kongsi.

Panjang sikit hari ni, siapa rajin bacalah. Kalau malas abaikan je.

Dah lebih seminggu aku cuba rawatan ni, jadi sambil buat rawatan ni aku tergerak nak kongsi apa yang aku rasa sepanjang aku amal rawatan ni. Ijazah rawatan ni aku dapat dari video Ustaz Hanafi, salah seorang ‘cancer survivor’. Alhamdulilah terima kasih ustaz atas ilmunya. Ok ni link videonya ya.

Kakak-kakak aku dah lama buat, dah selalu cerita kebaikkannya, tapi tulah. Aku punya malas nak buat. Baru ni aku buat haha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Ok ringkasnya ada beberapa kelainan yang aku dapat rasa, walaupun baru je buat secara konsisten dalam seminggu lebih ni.

Pertama, angin keluar dari badan. Sepanjang sesi rawatan ni memang sendawa je. Badan memang rasa ringan, memang rasa berbeza.

Kedua, ha ni best, aku rasa sistem pencernaan aku ada perubahan yang sangat ketara. Aku memang ada masalah kencing tak lawas. Alhamdulilah lepas buat ni dengan izin Allah memang rasa berbeza sangat. Lega dah tak ada rasa tak puas macam sebelumnya. Macam tu juga buang air besar, lawas. Kalau difikir macam tak logik je garam + lada hitam ni ada kesan hebat macam ni. Hanya dengan izin-NYA.

Ok yang ketiga, lutut kanan aku ni sejak selepas PKP tempoh hari memang susah sikit nak lipat. Tak tahu apa hal, memang kena paksa baru boleh lipat, tapi sakitlah woi.

garam kasar lada sulah

Tulah aku ni pula kerja jenis banyak berjalan dan berdiri lama, jadi lutut kanan aku dan sendi-sendi lain kaki memang bisa-bisa. Hari kedua aku buat je Alhamdulilah aku dah boleh rasa perubahan. Aku pun dah boleh lipat lutut macam biasa, tak ada rasa sakit. Rasa bisa-bisa pada sendi terutama bila bangun pagi pun berkurangan sangat-sangat.

Allahu, memang macam magiklah.

Keempat, ni pun bagi aku best, tidur memang nyenyak gila. Memang ‘anteng’lah bak kata orang jawa 😁😁😁.

Awal-awal buat kelmarin siap terlajak-lajak tidur, punyalah syok, hahaha. Memang berbeza sebab aku memang jenis tidur lambat, dan susah nak tidur sebelum ni. Kadang nak dapat tidur tu sampai sejam lebih bergolek-golek baru tertidur.

Tapi izin Allah, lepas seminggu aku amal rawatan ni memang tidur nyenyak, dan nak tidur memang mudah. Letak kepala ke bantal sedar-sedar je dah pagi.

Itulah bila tidur nyenyak, kemudian tidur kita berkualiti, walaupun kadang-kadang tidur lambat tapi bangun pagi mudah dan tak rasa macam sebelum-sebelum ni, lemah je nak bangun.

garam kasar lada sulah

Lagi satu, rawatan ni macam urus balik masa tidur kita. Aku biasa buat rawatan ni sebelah malam, lepas buat rawatan ni mata pun kelat-kelat, terus nak tidur. Jadi automatik aku tidur lebih awal, kalau tak memang lewat saja tidur. Orang yang susah tidur atau penghidap insomnia,aku galakkan cubalah, mudah-mudahan ada manfaat.

Kelima, sepanjang lebih seminggu amal rawatan ni aku perasan yang aku tak mudah letih. Sebelum ni kalau kerja dia punya penat memang semacam. Tapi seminggu ni memang sedap rasa badan. Rasa ringan, tak cepat letih.

Ikut kata Ustaz Hanafi, rawatan menggunakan garam dan lada hitam ni juga salah satu metode perubatan Islam terutama yang berkaitan gangguan jin atau sihir. Mengamalkan rawatan ni InsyaAllah dapat mengelakkan gangguan jin.

Jadi sebelum buat tu aku mulai dengan bacaan Bismilah 5 kali, Selawat atas junjungan Baginda Rosulallah SAW, Ayatul kursi dan aku niatkan moga Allah sembuhkan penyakit dan gangguan yang ada dalam diri aku. Tapi tu akulah, itu je yang aku tahu. Bagi mana-mana yang ada lebih ilmu bacalah ayat-ayat yang berkaitan dengan merawat gangguan, mudah-mudahan lebih mujarab.

Ok, aku plan nak buat selama 40 hari, ambil berkat kisah-kisah Nabi. Lepas tu aku nak jarak-jarak sikitlah dalam beberapa kali seminggu. Aku galakkanlah bagi sesiapa nak cuba, bagi yang tak sakit pun boleh cuba. Lagipun modal tak sampai RM10.

Jadi itulah serba sikit perkongsian aku. Sebelum terlupa, bagi yang nak cuba jangan lupa minum banyak air, sekurang2nya 8 gelas/2 liter sehari.

Lagi satu, kesan rawatan bagi setiap orang pun mungkin berbeza-beza, jadi siapa-siapa yang nak cuba tu nanti boleh tengok apa perubahan yang berlaku selepas amal rawatan ni, nanti jangan lupa kongsi dengan aku dan orang lain ya.

garam kasar lada hitam

Adapun garam, lada hitam ni semua hanyalah asbab, hanyalah sebahagian daripada usaha kita, kesembuhan hanya datang dengan keizinan Allah Azza Wa Jall. InsyaAllah.

Nota: Jangan salah faham dgn gambar tu, bukan kaki aku besar, tapi besen tu yang kecil πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

BACA: Ini Cara Makan Sikit Tapi Kenyang Lama, Confirm Boleh Kurus Punya

Sumber : Muhamed Azizi Nan