Pembayaran Tol Kad Touch 'n GO 2025

Pembayaran Tol Guna Kad Touch ‘n Go Tetap Akan Dihentikan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas timbul isu berhubung penggunaan teknologi RFID sejak dilaksana secara berperingkat di PLUS pada 15 Januari lalu, kerajaan memutuskan untuk memberi pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk melakukan pembayaran tol semasa.

Namun begitu, keselesaan semasa pengguna lebuh raya melakukan pembayaran tol mengikut pilihan masing-masing tidaklah begitu lama apabila dilaporkan bahawa kad Touch ‘n Go untuk pembayaran tol akan ditamatkan pada 2025 dan laluan Smart Tag akan dimansuhkan secara berperingkat.

Memetik sumber FMT, kerajaan tidak lama lagi akan membenarkan orang ramai membayar tol lebuh raya menggunakan mana-mana penyedia pembayaran digital dan bukan hanya Touch ‘n Go.

plus rfid 1

Kata Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof, perubahan ini selari dengan peralihan ke lebuhraya tanpa palang tol iaitu Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025.

Buat masa ini, syarikat Green Packet dan FETC International Co (FETCi) yang bertanggungjawab untuk menguji dan membuktikan keberkesanan sistem tol tanpa palang di lebuhraya Malaysia.

Syarikat berkenaan menjalankan ujian pertama MLFF di Besraya KM5.5 (North Bound) dan dijadualkan untuk pengumpulan data selama tiga bulan bermula awal tahun 2022.

Tol Tanpa Palang Malaysia 2022
Sumber: Green Packet

Ketika ini, dianggarkan terdapat lebih 20 juta kad Touch ‘n Go dalam edaran yang mewakili hampir 91 peratus transaksi di 31 lebuh raya di seluruh negara.

Kata Fadillah Yusof, mereka mendengar permintaan orang ramai untuk membuka lebih banyak pembayaran dalam talian dan sedar dengan rungutan orang ramai yang perlu membayar lebih awal untuk TnG sama ada menggunakan lebuh raya atau tidak.

Justeru, pengguna jalan raya akan menerima beberapa pilihan kaedah pembayaran secara dalam talian pada masa akan datang, termasuk pembayaran menggunakan kad debit dan kredit.

Sumber: FMT