ebby yus

Sikap Sebenar Ebby Yus Yang Tak Ramai Orang Tahu. Pasti Anda Terkejut

Rumah impian yang dibina pelawak Ebby Yus, hasil duit lebih 30 tahun dalam industri seni musnah sekelip mata musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras di Hulu Langat ketika banjir hebat melanda Selangor pada Disember 2021.

Ebby berkata dia mengalami kerugian hampir RM200,000 apabila rumah yang hampir siap dibina di tanah setengah ekar lenyap begitu sahaja.

Walaupun, menerima ujian sebesar itu, Ebby Yus masih tenang menghadapinya. Ketenangannya diceritakan oleh sebuah Facebook Page bernama Garasi TV. Mari kita ikuti sikap sebenar Ebby Yus melalui penulisan ini.

NOTHING COMPARE TO EBBY YUS

EBBY YUS rakan ngopi saban malam kalau dia kelapangan. Sekitar 2013 hingga 2015 kalau saya merambu pada malam hari – melepak dengan Ebby Yus dan kawan-kawan di kedai Nua Garage di Jalan Abdul Rahman Idris, Kampung Baru – memang satu kemestian.

Abby Yus akan muncul selepas Isyak dan duduk di kerusi mengadap meja plastik di pedestrian kedai Nua Garage. Betul-betul bawah tiang lampu dan bersisi dengan pintu kayu kedai runcit kecil milik Abang Amir.

Walaupun memori ini baru berlalu enam tahun; ia kenangan yang penuh pesona sebab zaman itu takkan datang lagi.

Ebby Yus pada ketika itu sangat suka mengenakan jeans Evisu Dai Cock.

Ebby Yus jenis tidak banyak ragam. Kalau lapar dia “order” nasi goreng. Minuman “simple” – dia hemtam apa saja.

Kalau berbual – jenakanya 10 kali lebih lawak berbanding di TV. Kita akan terbahak-bahak sepanjang malam sampai pukul 3 atau 4 pagi.

SIAPA SAJA SUSAH EBBY YUS TEMPAT MENGADU

SEINGAT saya kalau dihitung orang yang meminjam wang dengan Ebby Yus dan mereka yang tidak pernah membayarnya – jumlah angkanya sangat besar.

Kalau orang susah datang meminjam, mereka akan dapat jumlah yang diperlukan. Sekecil RM500 sampai RM5 ribu.

Kalau orang itu memang hidupnya susah tapi sudah banyak kali gagal menyelesaikan hutang – dia takkan kena “blacklist”.

Orang susah boleh datang berulang kali minta bantuan kewangan. InshaAllah, selagi Ebby Yus ada wang – orang itu tetap akan menerima pinjaman.

Pada saya ia bukan pinjaman – sebab Ebby Yus tak pernah bertanya soal hutang lama. Apa lagi nak mengejar bayaran. Saya fikir, Ebby Yus masa memberikan wang sudah pun tahu – yang meminjam tidak akan mampu membayarnya.

Di kalangan kawan-kawan yang melepak di depan kedai Nua Garage – walaupun kes-kes begini buat kita “sakit hati” tetapi kita tak akan menegur sikap murah hati Ebby Yus. Walaupun kita tahu orang yang meminjam itu pasti takkan membayarnya.

Sebab kalau kita tegur pun, Ebby Yus sudah ada jawapan, “Aku tak sempat nak fikir dia menipu ke apa, sebab aku memikirkan keadaan anak-anak dan isteri dia di rumah”.

Itu sikap Ebby Yus pada kawan-kawan. Tak bayar hutang tak apa. Asal anak isteri kau di rumah ada makan minum.

Ada sekali Nua Garage cerita pada saya.

“Abang Ebby ni aku tak faham betul. Tadi ada orang singgah sembang dengan dia. Baru sekali kenal dan orang tu cerita pasal keadaan keluarga susah. Ada anak isteri. Lepas tu minta pinjam duit. Terus dapat. Tebal jugalah not RM50 abang Ebby hulur.”

Ebby Yus tak pandang sangat muka lelaki jenis suka berhutang. Tetapi ramainya yang meminjam ini – keluarganya atau anak isterinya Ebby Yus kenal.

Sebagai kawan, saya tahu ada yang datang minta tolong pinjam ratus-ratus ringgit atau beribu-ribu ini benar-benar susah.

Ebby Yus tidak menilai potensi orang ini untuk membayar semula hutangnya. Keutamaannya ialah anak-anak dan isteri peminjam tidak kelaparan.

Saya tak pernah bertanya soal ini sama ada sebagai kawan atau ketika berpeluang mewawancaranya di Garasi TV. Sebab saya tahu: Ebby Yus melihat hidup dan wang dalam persepsi yang berbeza.

ebby yus

Wang bukan bermaksud apabila dipinjam dan tidak dibayar ertinya kita kena tipu. Wang kalau bersangkut dengan “kelaparan” keluarga orang yang kita kenal – itu tanggungjawab atau satu kemestian untuk kita kena memberinya.

Jadi, mana yang pernah pinjam tapi tidak membayarnya – Ebby Yus tidak akan mengingati sebagai hutang.

Atau, sudah berapa kali orang yang sama datang meminta wang. Sebab Ebby Yus menganggap – semasa menghulurkan wang, itu adalah sedekah.

Cuma di jalanan – stail pergaulan kasual sesama kawan-kawan tidak menjadikan kita mudah menyebut: “Aku sedekahkan….”.

Ebby Yus takut kawan-kawan tersinggung. Lagi pula, dalam soal bantu orang susah – falsafah paling tepat ialah: “Mudahkan urusan dan jangan jatuhkan aib kawan-kawan.”

Saya percaya, ketika menghulur wang, Ebby Yus sudah berniat sedekah. Sebab memang sah-sah orang yang meminjam itu sudah diketahui tidak akan mampu membayarnya.

Kerana orang yang sama sudah berkali-kali meminjam wang.

BERITA RUMAH EBBY YUS DIBAWA ARUS BANJIR

ebby yus

Pada 19 Disember 2021 – saya mendapat tahu rumah Ebby Yus dilanda banjir dan rebah dibawa arus di Hulu Langat.

BACA: Banjir Hulu Langat, Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Perasaan pertama yang terlintas di kepala saya sebagai orang yang dah lama kenal Ebby Yus ialah: “Dia pasti akan membinanya semula”.

Fikiran saya pula berkata: “Dia takkan bersedih. Dia akan kata – benda dah jadi dan kita kena lalui. Esok lusa ada duit, kita buat lagi”.

ebby yus

Sebab lama kenal dan selalu kembong perut duduk mengopi dengan Ebby Yus – saya tahu cara dia menerima ujian hidup. Memang berat tapi dia akan tenang saja.

Kalau dia sayang harta dunia – pasti tiap sen titik peluhnya dia takkan berikan pada orang. Orang jenis cinta dunia, kita akan tahu dari sifat kedekutnya.

Sebab selama ini duit yang orang pinjam dan tidak membayarnya pun, kalau dihitung sudah melebihi nilai 2 atau 3 biji rumah.

Selain memberi wang pada orang yang mengadu kesusahan – Ebby Yus juga suka membantu orang dengan meminjamkan wang untuk memulakan perniagaan.

Mana-mana muka baru di kawasan tempat kami melepak terutama anak rantau baru sampai KL dan sedang berusaha memulakan hidup – Ebby Yus akan pinjamkan wang buka gerai.

Tidak ada hari dia akan pergi bertanya soalan: “Bila engkau nak bayar hutang?”.

Kalau dia pergi bertanya pun, soalannya mudah saja: “Berapa modal kalau kau nak tambah lampu bagi terang sikit”.

Orang yang meniaga akan menyebut jumlahnya. Ebby Yus akan seluk saku lalu menghulurkannya.

“Tambah lampu… terang sikit baru cantik….”

Inilah Ebby Yus. Dia kawan saya. Saya berguru dalam diam banyak hal mengenai sifat berbuat baik.

Tetapi saya takkan mampu menjadi sebaik Ebby Yus.

ANAK RANTAU BATU KIKIR

Ebby Yus datang ke Kuala Lumpur sebagai anak rantau dari Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Pada dekad 80an – kehidupan yang susah dan menderita ketika zaman bujang banyak mengajar Ebby Yus.

Dia selalu berjenaka kisah “Menderita sebab selalu tak cukup duit bila teringin nak makan burger”.

Itu kisah lebih 35 tahun lalu.

Itu pengalaman yang mengajar Ebby Yus: “Duit boleh cari tapi jangan biarkan kawan-kawan dan anak isteri mereka kelaparan”.

Orang menyebut atau mengumpat di belakang mengenai sikap Ebby Yus yang pemurah dan selalu kena tipu.

Saya malas nak dengar. Sebab saya percaya di hadapan Allah – penilaiannya lain.

Sumber: Garasi TV