Foto Youtube/Malaysiakini

Inilah Dr Muhammad Mohiuddin, Pakar Di Sebalik Kejayaan Pemindahan Jantung Babi, Mufti Kata ‘Dibolehkan’ Jika Terdesak

Baru-baru ini, kecoh satu dunia setelah buat pertama kalinya, tercipta satu kejayaan dalam bidang perubatan apabila pemindahan jantung babi dapat dilakukan ke atas manusia.

1 – Foto Malaysiakini
– Foto Malaysiakini

Selepas tiga hari, David Bennett, 57, yang pada mulanya tenat dikatakan berada dalam keadaan yang baik serta semakin sihat.

Jantung babi yang dipindah masuk ke dalam tubuh David tersebut walau bagaimanapun, telah diubah suai secara genetik terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang penolakan organ atau jangkitan virus yang boleh menimbulkan risiko kepadanya.

Foto Malaysiakini
– Foto Malaysiakini

Kejayaan pemindahan jantung babi ke tubuh manusia tersebut dikatakan bakal dapat menyelesaikan krisis kekurangan organ di seluruh dunia.

Pasukan pakar bedah dari University of Maryland School of Medicine, Amerika Syarikat yang diketuai oleh Dr Bartley Griffith merupakan antara doktor yang bertanggungjawab melakukan proses pemindahan jantung babi ini.

Namun, program pemindahan organ haiwan ke dalam tubuh manusia atau disebut sebagai xenotransplantasi tersebut sebenarnya diketuai oleh Dr Muhammad Mohiuddin.

Beliaulah yang berusaha untuk meneruskan pembedahan uji kaji tersebut dengan mendapatkan kebenaran kecemasan daripada Food and Drug Administration (FDA) pada malam tahun baru 2022.

2 – Foto Youtube University of Maryland School of Medicine
– Foto Youtube University of Maryland School of Medicine

Menurut beliau, kebenaran untuk eksperimen pemindahan jantung babi tersebut terpaksa dibuat kepada pesakit jantung peringkat akhir yang tidak mempunyai pilihan rawatan lain.

Sudah tentu berita ini disambut oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia dengan kerisauan dan penuh tanda tanya.

Apakah pula hukumnya nanti jika sekiranya pesakit beragama Islam yang menjadi penerima jantung binatang yang berstatus najis mughallazah tersebut?

Menurut Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor, pihak yang terlibat perlu mengikhtiarkan alternatif lain seperti daripada haiwan-haiwan yang halal terlebih dahulu.

3 – Foto Malaysiakini
– Foto Malaysiakini

“Tapi kalau dah tak ada, dia kira hukum darurah, bolehlah nak guna (jantung babi). Najis ini di luar tubuh kita. Kalau dalam badan kita ini memang macam-macam jenis najis ada, tapi kita masih boleh solat.

“Jadi, kalau dalam badan kita ini ada selain daripada dalam keadaan terdesak itu tadi, dibenarkan dalam Islam. Yang keduanya, dia di dalam tubuh badan kita jadi ia tak perlu disamak atau sebagainya. Tapi, jika di luar, sama macam najis-najis lain yang perlu dibersihkan.

“Oleh itu, adalah dibolehkan (pindahan jantung babi kedalam tubuh manusia) dalam keadaan terdesak dan tiada alternatif lain yang halal,” tambah beliau lagi.

Kejayaan pemindahan jantung babi ini sememangnya membuka banyak mata. Setelah berjaya dengan jantung babi, tidak hairanlah selepas ini ada yang mencuba dengan organ lain seperti perut, hati mahupun otak babi pula.

Tak dapat dibayangkan pula satu hari nanti, kalau dah terlalu ramai sangat manusia menerima organ babi yang sihat, generasi akan datang di planet bumi pasti dipenuhi dengan spesies ‘manusia babi’.

BACA: Pakar Bedah Berjaya Buat Pemindahan Buah Pinggang Babi Ke Tubuh Manusia Buat Pertama Kali

Sumber: Malaysiakini 1, 2