Remaja Hilang Dalam Semak Ditemui Hanya Tertidur Sejam

Remaja Hilang Dua Malam Lepas Buang Air Kecil Dalam Semak Ditemui Lemah, Sangka Tidur Hanya Sejam

Remaja Hilang Dua Malam Lepas Buang Air Kecil Dalam Semak Ditemui Lemah, Sangka Tidur Hanya Sejam.

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun akhirnya ditemui selamat apabila dilaporkan lebih 30 jam hilang selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya.

Penemuan itu dimaklumkan oleh bapa saudaranya menerusi beberapa perkongsian di laman Facebook Azizul Rahman.

Menurut Azizul, Muhammad Iznun Al Azim dijumpai lebih kurang jam enam petang Rabu selepas selama hampir dua malam hilang.

Katanya, Iznun dalam keadaan lemah, lesu dan trauma ketika ditemui penduduk kira-kira dua kilometer dari rumah di Kampung Pasti Linggi, Gua Musang, Kelantan.

Menceritakan apa yang berlaku, anak saudaranya memberitahu pada malam kejadian dia hanya berjalan dalam keadaan gelap dan telah membuka telefon untuk memeriksa WhatsApp dalam keadaan sangat mengantuk. Remaja itu kemudian mengetahui berada dalam hutan dan tertidur lagi.

Azizul mengatakan anak saudaranya hanya merasakan tertidur selama sejam sahaja dan tidak menyangka sudah beberapa hari dilaporkan hilang.

Remaja Hilang Dalam Semak Ditemui Hanya Tertidur Sejam
Sumber: Azizul Rahman

Dalam pada itu, Azizul sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan terlibat dalam membantu misi pencarian itu hingga dijumpai.

Terdahulu, media melaporkan mangsa hilang tanpa jejak selepas masuk ke kawasan semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi pada 10 malam Isnin lalu.

Mangsa dikatakan sedang bermain bersama rakannya di gelanggang sepak takraw yang terletak berhampiran rumahnya sebelum masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, mangsa tidak keluar semula menyebabkan rakannya menyangka remaja itu sudah pulang ke rumah.

Remaja Hilang Dalam Semak Ditemui Hanya Tertidur Sejam

Sumber: Azizul Rahman, Berita Harian