Guna Cecair Jimatkan Isi Minyak

Lelaki Dikecam Selepas Dakwa Boleh Tingkatkan Prestasi Minyak Petrol Bila Guna Cecair Tambahan

Lelaki Dikecam Selepas Dakwa Boleh Tingkatkan Prestasi Minyak Petrol Bila Guna Cecair Tambahan.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, pastinya semua mahu berjimat berbelanja. Duit lebih yang ada disimpan untuk kegunaan masa-masa kecemasan yang tidak diduga.

Bagi mereka yang memiliki kenderaan tersendiri, tentulah mencari jalan efektif untuk menjimat minyak bukan?

Anda pasti pernah mendengar pelbagai mitos dan juga produk pasaran untuk menjimatkan minyak petrol. Walaupun sudah berkali-kali pakar mendedahkan muslihat yang hanya menguntungkan pengasas produk, namun ada juga yang masih terikut.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman seorang lelaki mendakwa sejenis cecair ini mampu menjimatkan minyak petrol serta menjaga prestasi enjin.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter @twtbikers, lelaki terbabit menitiskan cecair ke dalam muncung nozel sebelum dituang ke dalam tangki kereta.

Individu itu memilih untuk menggunakan petrol jenis RON 95 dengan menitiskan sejenis cecair bagi meningkatkan kualiti petrol yang setaraf dengan RON 97.

Harga Siling Petrol Diesel Batal

Dakwanya, langkah tersebut bagi penjimatan berganda di samping mengekalkan prestasi enjin.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu mendapat kecaman orang ramai kerana dianggap telah melakukan vandalisme di stesen minyak selain dakwaannya itu agak melampau.

“Tidak habis-habis modus operandi cara ini, penat sahaja jurutera-jurutera buat kajian, tetapi kamu perkecilkan sahaja dengan cecair itu.”

“Harap pihak syarikat petrol pam itu ambil tindakan dekat dia ini, kira vandalisme dah ini. Naya dekat orang lain.”

Ada juga yang mendakwa berkemungkinan cecair yang digunakan individu tersebut adalah sejenis ‘additive’ bahan pembakar, namun ini penerangan jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Permindahan Haba (fluid dynamics & heat transfer), Dr Aid Fawzal.

Daripada terikut membeli produk yang tidak pasti kesahihannya dan bukan dikeluarkan daripada syarikat minyak, lebih baik ikuti tip yang terbukti mampu menjimatkan penggunaan minyak kenderaan.

BACA: 9 Tip Ini Terbukti Mampu Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta Anda