murid sekolah

Sistem Pendidikan Kini Menyusahkan Otak Murid Sekolah Rendah, Penggubal Silibus Nak Apa?

Kepada ibu bapa yang punyai anak-anak yang masih bersekolah rendah, perasan tak silibus pendidikan anak sekarang semakin tinggi.

Murid sekolah tahun satu diminta untuk buat ayat Bahasa Melayu. Murid sekolah tahun tiga diajar Sains tahap sekolah menengah. Masa kita dahulu, bukan sebegini.

Inilah yang diulas oleh seorang pengguna Facebook bernama Arif Atan. Beliau berkongsi tentang tahap pendidikan murid sekolah masa kini. Apa pandangan anda?

Screenshot 2022-01-11 at 5.19.07 PM

Malaysia berdepan dengan masalah murid yang gagal menguasai kemahiran ‘3M’

Dr Anuar Ahmad dalam Awani tadi kata Malaysia berdepan dengan masalah murid yang gagal menguasai kemahiran ‘3M’ iaitu “membaca, menulis dan mengira”.

Sukatan mata pelajaran terlalu tinggi untuk anak-anak. Kandungan kurikulum sekolah rendah di negara kita adalah berat.

Hal ini, jelasnya, tidak membantu perkembangan pemikiran murid.

“Kita mahu melahirkan anak-anak yang mempunyai pemikiran kritikal seterusnya kreatif. Kita mahu mereka melakukan kesilapan dan belajar memperbetulkannya,” kata Dr Anuar.

Tapi bilangan subjek bagi sekolah rendah di Malaysia terlalu banyak jika dibandingkan dengan negara lain. Kandungan setiap subjek juga banyak.

Mengapa, ya?

Pihak yang menggubal sukatan pelajaran ini tidak sedarkah kemahiran ‘3M’ itu sebagai tapak yang paling penting diperkukuh terlebih dahulu? Murid sepatutnya rasa seronok datang ke sekolah.

Di bangku sekolah rendah juga, sepatutnya murid-murid sebagai bakal warganegara bertanggungjawab diasuh dengan nilai sivik termasuk menjaga kebersihan dan menghormati hak orang lain bukan dibebankan dengan konsep ilmu berat-berat.

Tapi kalau ‘3M’ pun tak lepas, dah disumbat dengan segala konsep berserta jargon yang aneh-aneh lagi berat untuk masuk dalam telinga murid sekolah rendah, bagaimana mereka boleh rasa seronok untuk datang ke sekolah seterusnya membesar sebagai warganegara yang bijak, berjiwa insani, kritis lagi kreatif?

Kalau kita tengok kandungan buku murid sekolah rendah sekarang pun, terbeliak biji mata. Topik dan konsep, perkataan yang kita jumpa di sekolah menengah sehingga tahun 2010, sekarang dah muncul dalam buku sekolah rendah!

Screenshot 2022-01-11 at 5.20.50 PM

Mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya terlalu disibukkan dengan mengajar hukum tatabahasa itu, ini.

Mereka masih sekolah rendah! Bina ayat mudah pun ramai terkial-kial lagi sebab masalah ‘3M’ yang belum benar-benar selesai!

Adakah sistem pendidikan negara sekarang mahu melahirkan generasi yang jahil akibat awal-awal lagi minat mereka dicantas untuk belajar sejak di bangku sekolah rendah lagi?

Mengapa sistem pendidikan sekarang perlu menyusahkan otak dan mendera akal fikiran murid-murid sekolah rendah?

Bukankah sekolah rendah sepatutnya jadi tempat yang seronok untuk kanak-kanak belajar, bermain, berkomunikasi dan diasah berbudaya baik sebagai warganegara?

Lihat senarai 16 mata pelajaran tahun lalu yang perlu dihadap oleh seorang murid Sekolah Kebangsaan Tahun 6.😔

murid sekolah

Matematik Tahun 6 pun sudah ada topik “Kebolehjadian” yang merupakan konsep Penaakulan Mantik. Dulu topik ini hanya mula belajar semasa di sekolah menengah. 😟

murid sekolah 1

Mengejutkan! Sains Tahun 3, murid-murid yang belum akil baligh dah diajar cara tumbuhan membiak. Umur 9 tahun dah diasak dengan jenis urat daun dan jenis akar yang dulunya silibus KBSM dalam topik Sains Tingkatan 2. Darjah 3 juga tak sabar-sabar nak disumbat pasal komponen mesin.

murid sekolah 2

Bahasa Melayu Tahun 1, murid sudah ditekan untuk mencari kesalahan ejaan!

murid sekolah 3

Mengapa penggubal sukatan pelajaran begitu zalim terhadap murid-murid sekolah rendah? Mereka dulu pun kalau generasi sekolah rendah awal 90-an belajar “Alam Dan Manusia” yang tak masuk dalam kiraan gred bagi UPSR pun.

Apa sebenarnya sistem pendidikan kita mahu?

BACA: Silibus Matematik 2020 Lebih Mencabar, Murid Tahun 4 Bakal Pelajari Topik Kewangan Dunia

Sumber: Arif Atan