Program SAVE 3.0 SEDA

Program SAVE 3.0 SEDA, Jimat Hingga RM400 Jika Beli Barang Elektrik Menggunakan Cara Ini

Kerajaan melalui Program SAVE 3.0 yang diurus oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) menawarkan e-rebat sehingga RM400 untuk semua rakyat Malaysia yang ingin membeli peralatan elektrik sekarang.

Ya! Terbuka untuk semua tau? Tidak terhad kepada mereka yang terlibat dengan banjir sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

Syarat-syaratnya ialah terbuka kepada warganegara Malaysia dan merupakan pengguna yang berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd.

Satu akaun utiliti elektrik layak untuk menikmati satu e-rebat bagi satu kategori yang ditawarkan serta mengikut konsep ‘siapa cepat, dia dapat’.

Penebusan e-rebat Program SAVE 3.0 SEDA adalah mengikut kategori berikut:

  • Kategori 1 (rebat RM200) – Peti ais atau penyaman udara
  • Kategori 2 (rebat RM50/RM100/RM200) – Televisyen atau mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi

Kategori Save 3.0 SEDA

PENTING! Peralatan elektrik ini perlu mendapat label 4 atau 5 Bintang dari segi kecekapan penggunaan tenaga elektriknya mengikut Suruhanjaya Tenaga.

Mudah saja caranya. Kalau nak beli atas talian pakai platform e-dagang seperti Lazada, Shopee ataupun PG Mall pun boleh.

Kalau nak beli terus di kedai, hanya perlu bawa sekali bil elektik dan MyKad. Kedai yang berdaftar tersebut akan membantu pembeli untuk menyemak kelayakan dan seterusnya memohon untuk e-rebat.

Kalau beli secara atas talian pula, gunakan ‘chat’ untuk berhubung terus dengan penjual bagi mendapatkan e-rebat tersebut.

2 Program SAVE 3.0 Lazada Shopee PG Mall

Untuk senarai kedai yang mengambil bahagian dalam Program SAVE 3.0 SEDA, semak DI SINI.

Nak semak dulu barangan elektrik yang mendapat label 4/5 Bintang pun boleh. Sila gunakan PAUTAN INI. Wow! TV Sony 43 inci pun ada!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web SEDA. Jom shopping barang elektrik! Siapa cepat, dia dapat!

BACA: Periksalah Meter TNB Anda, Kemungkinan Anda Sedang Ditipu