mekah

Kecewa Dengan Kerajaan Dan Syarikat Besar, Pasangan Ini Tekad Berbasikal Ke Mekah Dengan Simpanan RM1,900

Sekiranya anda kenal pasangan Adilah dan Ahmad, pasti anda tahu bahawa mereka pernah berbasikal ke Mekah pada tahun 2016.

Kentalnya semangat mereka ini akhirnya selepas 420 hari, mereka tiba juga di Mekah.

Walau bagaimanapun, perjalanan mereka tidak mudah. Banyak halangan yang ditempuh sejak awal lagi. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti cerita cabaran perjalanan mereka di bawah.

Duit dalam bank tinggal RM1,900 je.

Tahu tak?

Pada tahun 2016, saya pernah kecewa dengan kerajaan & syarikat-syarikat besar.

Masa nak mulakan kayuhan berbasikal ke Mekah dengan team untuk nak buat dokumentari berepisod level National Geografic.

Masa tu tak perlukan duit banyak pun, RM6 Juta je. Hahaha.

Kenapa RM6 Juta?

Sebab nak bawa 3 buah 4×4, bawa 6 support team yang terdiri dari profesional dalam bidang dokumentari.

Kami buat proposal & naik turun pejabat kerajaan dan email kepada 300 syarikat selama setahun.

Hasilnya?

Yillek!

Duit tak dapat, duit saving kami pun habis.

Punyalah kecewa masa tu sampai saya & isteri jatuh sakit selama seminggu akibat depress.

Dipendekkan cerita, sampailah waktu flag off.

Masa tu, duit dalam bank tinggal RM1,900 je.

“Ayang, dalam bank tinggal RM1,900 je ni, Abang rasa boleh sampai Thailand je ni”.

“Kalau Allah SWT izin ke Mekah, syukur Alhamdulillah, kalau tak sampai, kita baliklah”, kata saya pada Adilah sewaktu kami dah mulakan kayuhan.

Adilah tak terkejut pun, dia tenang je. Dia tahu, kami dah usaha selama setahun.

Kini, masanya untuk kami bertawakal & berserah pada Allah SWT.

Bila kami mula serah total 100% pada Allah SWT, perkara yang tak masuk akal berlaku!

Setiap hari ada sahaja orang yang jemput kami singgah & tidur di rumah mereka.

Ada 3 perkara best bila orang ajak ke rumah mereka.

1. MAKANAN

Mereka jamu kami makan sarapan, makan tengah hari & makan malam. Kami boleh jimat duit untuk beli makan. Syukur Alhamdulillah.

2. PENGINAPAN

Mereka sediakan tempat tidur untuk kami, selalunya bilik anak mereka yang belajar di luar kawasan. Syukur, jimat duit untuk bayar ke hotel.

3. SUMBANGAN

Ini langsung kami tak terfikir, rupa-rupanya rakyat Malaysia ni sangat pemurah.

Bila mereka tahu ada orang nak pergi Umrah atau Haji, pasti mereka akan selit duit di tangan kita.

MasyaAllah Tabarakallah.

Dipendekkan cerita.

Kami sampai ke sempadan Thailand selepas 30 hari kami mulakan kayuhan dari Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Apa yang mengejutkan, total duit terkumpul yang kami ada masa tu mencecah RM23,000!

Kami dapat duit RM23,000 dalam masa sebulan weh!

Saya kerja berhempas pulas masa jadi arkitek dulu, nak dapat gaji RM4,000 sebulan pun susah! Haha.

Bulan tu, kayuh basikal je, tapi Allah SWT beri rezeki 5 kali ganda dari gaji saya jadi arkitek dulu.

Saya belajar sesuatu dari pengalaman ini.

“Jika kita berharap pada manusia, kita pasti kecewa, jika kita berharap pada Allah SWT, Allah SWT akan hantar manusia yang betul untuk bantu kita”.

umrah pertamaku

Tuan puan.

🙅🏻‍♂️ Berhentilah berharap pada manusia.
🙅🏻‍♂️ Berhenti berharap pada kerajaan.
🙅🏻‍♂️ Berhenti berharap pada keluarga.
🙅🏻‍♂️ Berhenti berharap pada kawan-kawan.

Berhenti.

Sebab, pasti anda akan kecewa.

Allah berfirman:

‎وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (al-Mu’min 40: ayat 60)

Bila kita minta pada Allah SWT, Allah SWT kabulkan dalam 4 cara.

✅ Allah SWT bagi sebiji macam apa yang kita minta.
✅ Allah SWT beri ujian dulu untuk bersihkan dosa kita, baru Allah SWT beri apa yang kita nak.
✅ Allah SWT tak beri sebiji macam yang kita nak, Allah SWT beri yang lebih baik.
✅ Allah SWT tak beri di dunia. Allah SWT simpan & beri kat Akhirat nanti.

Bila kita dah berhenti berharap pada manusia, masa tu hati kita akan bebas, tenang & bahagia.

Cubalah.

Terinspirasi? Boleh dapatkan buku pengembaraan mereka di sini.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Kisah Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit Ketika Berkelana Di Xinjiang

Sumber: Ahmad Isa