shuib

“Kubur Isteri Masih Merah Lagi Dah Sibuk Nak Kahwin”. Lelaki Ini Tegur Sikap Netizen

Baru-baru ini hangat sedang diperkatakan pelawak Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah.

Maka, ramai netizen mula memberi pelbagai reaksi dan persepsi tentang perkembangan terbaru Shuib. Ada yang menyifatkan terlalu awal untuk dibicarakan mengenai perkara itu.

Seorang penceramah motivasi terkenal, Fadzli Aziz menepis pandangan netizen dan mengulas tentang perkara ini. Mari kita fahami.

Mungkin ada orang marah bila baca berita ni.

“Kubur isteri masih merah lagi dah sibuk nak kahwin”.

“Macam cepat sangat je”.

“Tak boleh fokus anak dulu ke?”.

shuib

Kita yang menulis ni sambil duduk bersantai, berehat dan mungkin sambil-sambil skrol Fb terus bagi komen.

Lepas komen dah lupa. Kita masih dengan kehidupan kita masing-masing. Apa terjadi pada orang tu pada masa akan datang pun kita tak ikut rapat-rapat dah.

Pada saya jangan kita mengukur keadaan dan keperluan seseorang berdasarkan keadaan kita.

Jangan nilai seseorang berdasarkan prinsip kita.

Selagi ianya tidak bersalahan syarak, maka hormatilah.

Kadang-kadang saya perasan sebahagian anak, apabila mak atau ayah meninggal, lalu kita tak benarkan mereka berkahwin.

Kita pula dah ada keluarga sendiri, tinggalkan ibu atau ayah kat kampung. Dahlah mak atau ayah berseorangan. Kita pula yang sibuk menyekat keinginan dan keperluan mak atau ayah kita.

Pada umur-umur sebegini mak atau ayah kita akan merasa kesunyian kerana anak-anak tak lagi berada di sisi.

Saat ini menjadi semakin lama semakin sensitif. Cepat terasa walau hal kecil pun. Tambahan lagi yang dah kehilangan pasangan dan berseorangan pula.

Pada saya bertimbang rasalah kerana setiap orang itu keadaannya tak sama, keperluannya tak sama.

Wallahu aalam.

BACA: Berkali-Kali Toleh Ke Pusara Arwah Isteri, Netizen Turut Sebak Tonton Gelagat Shuib

Sumber: Fadzli Aziz