Sijil Vaksin Dijual RM2,5000 Seorang

Sijil Vaksinasi Palsu Dijual Lebih Daripada Gaji Minimum Malaysia

Sijil Vaksinasi Palsu Dijual RM2,500 Seorang.

Minggu ini timbul isu melibatkan jemaah umrah apabila didapati seramai 17 orang daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah tidak menerima suntikan vaksin.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan pendedahan ini membuktikan wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard kerana hanya mereka yang divaksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan.

BACA: 17 Jemaah Positif Omicron Tidak Divaksinasi

Berita ini telah menimbulkan kemarahan pengguna media sosial yang marah dan kecewa dengan sikap segelintir jemaah umrah yang sanggup culas bagi melepaskan diri semata-mata tidak mahu divaksinasi.

Dalam kekecohan isu ini, tular satu ciapan di media sosial Twitter yang memaparkan tangkap layar perbualan daripada aplikasi WhatsApp yang mendakwa menjual sijil vaksinasi digital palsu pada harga RM2,500 seorang.

Sijil Vaksin Dijual RM2,5000 Seorang
Sumber: Twitter

Perkongsian itu menimbulkan tanda tanya netizen tentang penjualan sijil haram. Rata-rata pengguna media sosial telah mengecam tindakan individu yang menawar dan menerima tawaran yang tidak masuk akal itu.

“Mahal betul nak tukar status vaksinasi. Ini semua agenda illuminati. Saya ada tahu satu cara untuk menukarkan status vaksinasi secara percuma dalam aplikasi MySejahtera. Pergi sahaja ke pusat pemberian vaksin (PPV) dan membuat temu janji atau walk-in terus bagi dapatkan dos pertama. Semoga bermanfaat, rakan-rakan yang belum vaksin lagi, sekian.”

“Buang duit sahaja, teringat cerita mak saya tentang nenek saudara, tentang vaksin, nenek saudara cakap barang percuma buat apa mahu bayar, bukan senang kerajaan mahu kasi secara percuma.”

“Melebihi gaji minimum Malaysia. Mesti sudah jadi jutawan.”

Tidak dinafikan, tindakan golongan ‘antivaksin’ ini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah boleh melibatkan individu lain apabila sanggup menipu tentang vaksin.