Gelang Mirip Pengapit Hos Balenciaga

Jenama Fesyen Mewah Ini Jadi Bualan Netizen, Jual Gelang Mirip Pengapit Hos Berharga Lebih RM2 Ribu

Jenama Fesyen Mewah Ini Jadi Bualan Netizen, Jual Gelang Mirip Pengapit Hos Berharga Lebih RM2 Ribu.

Jika bercakap mengenai fesyen, ia adalah satu perkara yang sangat subjektif. Ini adalah kerana cita rasa fesyen dan penampilan setiap individu sebenarnya berbeza-beza dan ia juga didorong dengan faktor usia dan gaya hidup seseorang.

Tambahan pula fesyen hari ini sering berubah mengikut pada peredaran zaman. Ada dalam kalangan kita yang gemar menggayakan pakaian dan ada pula yang melengkapkan fesyen dengan pelbagai aksesori tambahan.

Dalam pada itu gaya fesyen zaman sekarang kini dilihat semakin pelik tambahan pula harga bagi sesetengan aksesori tersebut juga dilihat seolah tidak masuk akal.

Walaupun dilihat seperti tidak masuk akal, namun tetap ada golongan yang sentiasa ingin tampil ‘up to date’ dan sering menjadi ikutan ramai.

Baru-baru ini hangat diperkatakan oleh netizen apabila tular fesyen terkini sebentuk gelang yang menyerupai pengapit hos atau ‘hose clamp’.

Walaupun nampak ringkas, jangan terkejut bahawa harga gelang yang dinamakan Balenciaga Tool Bracelet ini dijual pada harga AS$659 (RM2,774).

Untuk pengetahuan anda, rekaan unik gaya industri ini sebenarnya dihasilkan oleh syarikat pengeluar barangan fesyen dan perhiasan mewah, Balenciaga.

Difahamkan, rekaan fesyen yang dikeluarkan Balenciaga sememangnya diinspirasikan daripada alatan enjin kereta yang reka bentuknya mengikut pengapit. Namun, butiran bolt dan pengapit hos menjadikan gelang itu kelihatan berbeza daripada gelang biasa yang lebih ke arah kontemporari.

Malahan tidak sampai 24 jam, gelang Balenciaga dilaporkan habis terjual menerusi laman rasmi mereka. Ya, mungkin ramai peminat fesyen terkini tergila-gilakan bentuk gelang tersebut.

Terdahulu, salah sebuah jenama fesyen terkenal juga menjadi bualan ramai apabila mengeluarkan koleksi gelang dan cincin yang mirip ‘cable tie’.

BACA: Mirip ‘Cable Tie’, Gelang Jenama Mewah Ini Dijual Lebih RM2 Ribu

Mungkin selepas ini muncul lagi koleksi ‘tidak masuk akal’ bagi kita yang menggunakan barang sekeliling, dirasai pelik dan nampak kebudak-budakan tetapi itulah akan menjadi fesyen mewah masa kini.

Sumber: Hype Beast