raja bomoh

Raja Bomoh Tampil Bersama Puteri Zaleha Tolak Bala Di Teluk Intan

Pada Mac 2020, Raja Bomoh muncul di media sosial dengan ritualnya untuk memagar Malaysia daripada COVID-19.

Kini, beliau muncul kembali, tapi bukan keseorangan. Beliau ditemani oleh seorang peneman bernama ‘Puteri Zaleha Serai Semambu’.

Misi mereka kali ini adalah untuk membuat ritual menolak bala berdekatan dengan Teluk Gelanggang, Teluk Intan, Perak.

Menerusi video yang telah dikongsikan Perak Press

, Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual dengan terdapat beberapa barangan di hadapan mereka seperti kunyit dan bunga-bungaan.

Bahan-bahan ritual itu kemudian dilihat dihanyutkan ke dalam laut.

raja bomoh

Menurut beliau, “Upacara yang kita buat hari ini adalah upacara petua-petua di zaman dahulu. Kita memohon kepada Allah SWT, kita minta supaya Teluk Intan ini jangan banjir atau jangan banjir besar, dapat disurutkan dengan izin Allah”.

“Kita berdoa kepada Allah, kita buat di tepi pantai supaya bagi salam kepada Nabi Khidir bersama puan Zaleha, pengasas Serai Semambu,” dakwanya lagi.

Sumber: Perak Press