talak

“Lagi Sekali Awak Tidur Dengan Dia, Jatuh Talak Tiga!”

Kehidupan berumah tangga bukannya selalunya indah. Masalah rumah tangga antara punca berlakunya kepincangan dalam hubungan antara suami dan isteri.

Walau bagaimanapun, seteruk mana jua masalah rumah tangga yang dihadapi, tolonglah tunjukkan rasa hormat kepada pasangan masing-masing dan pilihlah jalan keluar yang lebih baik.

Ini kisah yang kami rasakan elok untuk jadi pengajaran buat semua. Kisah yang dikongsikan oleh peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra ini benar-benar berlaku dalam masyarakat kita. Jom kita baca perkongsian beliau.

“Lagi sekali awak tidur dengan dia, jatuh talak 3!”

Lafaz taklik dibuat pada penghujung Disember 2021.

Isteri diketahui menjalinkan hubungan sulit dengan seorang Penjawat Awam sejak awal tahun 2021. Rentetan PKP, semua rahsia terbongkar dari teks mesej sampailah gambar dan video.

Apabila ditanya sejauh mana serius hubungan dengan lelaki berstatus bujang tersebut, isteri tenang menjawab, “Sudah dua kali terlanjur sebelum ni”.

Bila ditanya sekarang nak apa, kita nak berpisah bawa hala tujuan masing-masing atau perbaiki kelemahan masing-masing, isteri membuat akur janji untuk berubah demi anak-anak yang semuanya berusia bawah 11 tahun.

Kenapa buat macam ni?

Isteri beri alasan suami terlalu sibuk, takda masa dengar luahan dan cuba faham keadaan isteri.

Terakhir.

Hujung Disember 2021 punca suami lakukan lafaz taklik adalah kerana suami tangkap isteri keluar dengan lelaki tersebut di PD.

Bersaksikan anak-anak, dan lelaki tersebut sendiri.

Isteri tunduk faham, sepatah sahaja menjawab mendengar taklik yang dibuat. “Ok”.

talak

Semalam, 2 Januari 2022.

Isteri hantar teks mesej melalui WhatsApp.

“Abang, saya minta maaf. Saya bukan isteri awak lagi. Saya dan dia sudah terlanjur 1/1/2022 haritu. Kita uruskanlah apa yang patut”.

Semua benda pun orang buat main sekarang ni.

Lain kali, berpisahlah dahulu secara baik, baru buat hubungan lain. Professional dan berbudi bahasalah sedikit dengan hati dan perasaan orang lain. Tapi itulah, bila kita dah tawar hati, nak sedih atau hampa pun dah takda. Kita follow the flow sahaja sebenarnya.

“Saya dah tak ada perasaan kecewa atau sedih sebenarnya, sebab since first time dia bagitau dia dah terlanjur, saya tahu dia akan buat lagi. I’m well prepared. Saya tak nak anak-anak hilang ibu sahaja selama ni sebab tu saya stay”.

Sedikit info.

Kes-kes melibatkan taklik ataupun lafaz talak di luar Mahkamah ini perlu menjalani suatu pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah.

Dalam kes ini, apabila isteri mengaku sudah berzina dengan lelaki lain menyebabkan talak jatuh, ia perlu menjalani siasatan penuh di hadapan Kadi untuk direkodkan kesahan jatuhnya talak tersebut ataupun sebaliknya.

BACA: Masalah Rumah Tangga Jangan Kongsikan Dengan Rakan Sekerja, Kalau Tidak, Ini Padahnya

Sumber: Nur Fatihah Azzahra