giant

Benarkah Pasaraya Giant Dah Bungkus?

Sekiranya di kawasan tempat anda tinggal pernah ada pasaraya Giant, anda perasan tak bahawa ia sudah tiada lagi?

Adakah pasaraya ini telah rugi atau bungkus? Ataupun hanyalah salah satu strategi bisnes mereka?

Perkara ini diulas oleh seorang pengguna Facebook bernama Faridzul Asyraf Mat Arifin yang menghuraikan apa yang terjadi kepada pasaraya Giant. Jom kita baca ulasan beliau.

GIANT REBRANDING OR BANKRUPT?

Giant adalah antara Hypermarket terbesar di Malaysia dengan memiliki berbelas hypermarket store. Bermula pada tahun 1944 oleh Teng Family, Giant diambil oleh Dairy Farm International (DFI) syarikat konglomerat di Hong Kong pada tahun 1999.

Pengambilalihan ini membolehkan mereka membesarkan lagi market mereka sehingga ke Indonesia, Brunei dan Singapura.

Kalau korang perasan, banyak Giant dah tutup. Saya perasan apabila Giant di Sungai Petani tutup. Kemudian ada few lagi tutup.

Tak lama kemudian, keluar logo baru Giant.

Kenapa?

Rebranding or bankrupt?

giant

Sebelum nak kata bankrupt tu, agak mustahil sebab DFI ni merupakan syarikat yang sangat besar. Mereka own few brand, licence dan joint venture seluruh retail Asia antaranya Guardian, Ikea, Hero, Cold Storage and few other retail outlet yang lain.

Jadi Giant tak bankrupt, cuma rebranding.

Cuma di Indonesia, semua Giant dah ditutup dan akan digantikan dengan Supermarket Hero dan Ikea.

Di Malaysia?

Kita lihat Giant kini dah bermula dengan Giant Mini. Kenapa sebuah Hypermarket yang berkeluasan puluhan ribu kaki hanya beroperasi di kedai 800-1,000 square feet?

Ini tak lain tak bukan adalah sebab BUDAYA MEMBELI sudah berubah.

Fitch Rating cakap penutupan Giant di Indonesia takkan bagi manfaat kepada hypermarket lain sebab model hypermarket ini berlaku penurunan yang cukup besar.

Bukan di sini sahaja, malahan seluruh dunia!

Ia strategi biasa syarikat besar apabila trend yang mereka tak boleh kawal ini terjadi, maka mereka perlu mengikut trend ini.

Salah satu faktor lagi adalah kos operasi. Jika Hypermarket 20 tempat kos operasi menggunakan 16-19% profit untuk gaji sahaja tapi 1,000 outlet mini hanya 12-15%

LOGO GIANT

Logo mereka kini cukup simple dan nampak fresh. Perkataan GIANT tu dalam bentuk mangga yang cukup sinonim dengan buah di rantau ini.

Susun atur pun dah berubah, ada ruangan dollar item untuk menarik minat pembeli.

Banyak lagi yang mereka ubah, tapi perubahan ini kesemua inginkan pelanggan terus bersama mereka.

Giant Mini pula dibuat untuk kekalkan staff yang mereka ada sambil ‘bereksperimen’ dengan saiz yang lebih kecil untuk beroperasi.

Hypermarket di Malaysia ada 9 sekarang ini termasuklah Lotus, Aeon, Lulu, Mydin, NSK, Econsave, Sabasun dan Servay. Adakah ini berita baik untuk mereka?

Bagi saya tak, trend hypermarket kini sudah menurun. Rakyat Malaysia lebih suka untuk membeli di kedai runcit dan tempat borong BERDEKATAN dengan mereka.

Kos operasi pun lagi mudah dan murah untuk uruskan kedai kecil ni.

Kita lihat sahajalah mampu tak Giant Mini ini bersaing dengan kedai kedai runcit yang lain. Atau alami nasib yang sama seperti Giant di Indonesia.

BACA: Lotus, Kisah Keluarga Thailand Ambil Alih Tesco

Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin