
Pembaziran Di Pusat Penempatan Banjir, Wanita Ini Luah Rasa Sesalnya
Negara dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda Lembah Klang khususnya di Selangor sejak pertengahan Disember 2021 lepas. Ramai penduduk tempatan yang memerlukan bantuan banjir seperti tempat berteduh, makanan, pakaian, powerbank dan pelbagai lagi.
Namun, di dalam semangat kita untuk memberi bantuan banjir kepada mangsa yang terlibat, dalam tak sedar, kita telah melakukan pembaziran yang amat dahsyat. Perkara ini diulas oleh seorang pengguna Facebook bernama Pnut Syafinaz, apabila menyedari pembaziran berlaku di pusat pemindahan sementara mangsa banjir. Mari kita ikuti pandangan beliau.
Membazir!
Tiada koordinasi yang baik dalam urusan pemberian makanan. NGO/NGI berlumba-lumba nak bagi makanan, tu belum longgokan pakaian, diapers dan segala macam la. Which is very good. Sebagai rakyat Malaysia saya bangga.
Sebab itu, #DapoqMakLong tak hantar apa-apa makanan mudah basi, kami cuma hantar 500 pax burger, dan kemudian kami belikan roti-roti sahaja, boleh agak dan jangka berlaku pembaziran. Roti pun kami round naik kenderaan dan agih terus depan rumah mangsa banjir yang sedang bersihkan rumah.
Datang hantar makanan, serah pada pusat pengumpulan, end up tak boleh hantar kepada mangsa terperangkap, basi. Keadaan kelam kabut, rakyat Malaysia baik-baik, mahu membantu, asal ada peluang boleh memberi mereka akan memberi. Tidak salah,malah sangat baik.
Salahnya bila mana tiada tatacara urusan yang teratur. Sepatutnya pengurusan bencana boleh jangka akan berlaku lambakan sumbangan makanan, pakaian, dan lain-lain, patutnya selaraskan, keluarkan arahan hentikan penghantaran makanan yang bertalu-talu, sayang niat baik untuk memberi telah menjadi ‘membuang’.
Ni gambar dari rakan-rakan NGO yang berada di lapangan, sudah berbau busuk kerana longgokan makanan tidak sempat diagihkan. Agak-agak kalau seminggu kumpul sisa or makanan tak sempat diagihkan saja, berapa tan tu dibazirkan?
Sebagai org yang terlibat mengendalikan NGO juga, bila beri sumbangan tunai kepada NGO, mereka boleh plan ke mana nak salurkan sumbangan, apa nak beli, pada siapa nak diberi. And kalau pun tidak sempat digunaka untuk mangsa banjir, semua NGO ni projek charity mereka berkala, bukan one off.
Kalau dapat beri cash terus pada penerima pun bagus.
Sumbangan kalian tidak digunakan untuk misi banjir, bersusun lagi projek charity lain mereka sudah ada plan untuk bantu. PINK Squad sendiri setiap minggu feeding gelendangan, setiap minggu perlukan RM3-4K, sebulan perlukan RM9-10K. Kami ada projek Wang Saku Murid Asnaf, beratus-ratus murid seluruh Malaysia memerlukan sumbangan. berbelas ribu sebulan kami perlukan. Kalau tidak kami gunakan dana sekarang akan datang pasti digunakan.
Dalam kalangan NGO ni kami selalu kolaborasi, ada communication satu sama lain, so kami selalu communicate, which area can go, which jangan, mana masih perlu, mana sudah cukup. Mana segera dibantu, mana sudah dibantu.
Yang berkudrat, kami perlukan tenaga membantu di lapangan. Membantu kerja-kerja pembersihan.
Sumber: Facebook Pnut Syafinaz
Trending now



