
‘Kacau’ Proses Menyelamat, Netizen Puas Hati Dengar Bezza Dibodohkan Abang Bomba
Keadaan banjir yang berlaku di Lembah Klang ketika ini terutamanya di Selangor memang di luar jangkaan dengan kebanyakan kawasan dinaiki air sehingga menyebabkan jalan-jalan utama terpaksa ditutup.
Disebabkan keadaan yang tidak terjangka ini, ramai yang tidak bersedia terperangkap sama ada di kediaman sendiri, di tempat kerja mahu pun di jalan raya akibat kawasan berkenaan dinaiki air.
Dalam situasi getir ini, pasukan penyelamat seperti bomba sangatlah sibuk berulang-alik menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Biarpun begitu, masih ada pihak yang seakan buta menilai situasi ini sehingga melakukan tindakan yang boleh melambatkan kerja-kerja menyelamat.

Sebagai contoh, sebuah video tular di media sosial apabila sebuah kereta Proton Bezza dirakam melambatkan pergerakan pasukan bomba apabila memotong laluan sebelum berada di hadapan lori bomba.
Mungkin terlampau geram tugas menyelamat mereka diganggu, pemandu kereta Bezza berkenaan kemudiannya ‘dibodohkan’ oleh mereka yang ada di dalam lori bomba tersebut menerusi pembesar suara.
Amacam ? Sedap tak kena bisik kat? Hahahahahaa pic.twitter.com/98bcGBKgD6
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) December 18, 2021
Bukan sahaja mereka yang berdekatan merasa puas pemandu berkenaan ‘diajar’, tetapi di ruangan komen, ramai yang turut meluahkan kepuasan mereka mendengar luahan hati abang bomba berkenaan.
Walaupun tak seberapa professional tapi sedap didengar. 😂💋
— – (@vanlafaxinehcl) December 18, 2021
Abg bomba tu dh aim lama dh tu dengan x ketepi time traffic light dok merah lagi. Pastu dh hijau bleh pula kau jalan depan? Mmg mendapatlah hahahah
— A.Afiq (@jessgemuk) December 18, 2021
Tak reti bahasa sangat kan…
Itu ajer makan dia! 🤣🤣🤣— 🇲🇾 R h e a 🇵🇸 (@Rhea_Murasaki) December 18, 2021
Trending now



