Wartawan Jenayah Kongsi Kisah Lucu Semasa Penjenayah ‘Din Jerawat’ Diberkas Polis Selepas 28 Hari Lolos Lokap 1

Wartawan Jenayah Kongsi Kisah Lucu Semasa Penjenayah ‘Din Jerawat’ Diberkas Polis Selepas 28 Hari Lolos Lokap

Disebalik penangkapan yang melibatkan penjenayah Din Jerawat.

Semalam, kecoh di media sosial mengenai berita seorang lelaki rohigya yang dikenali sebagai Long Tiger melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu utama mahkamah pada jam 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

Susulan itu, prosiding perbicaraan yang membabitkan kesalahan rogol tertuduh yang sepatutnya bermula pada jam 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.

Wartawan Jenayah Kongsi Kisah Lucu Semasa Penjenayah ‘Din Jerawat’ Diberkas Polis Selepas 28 Hari Lolos Lokap 2

Cerita Long Tiger melarikan diri mengingatkan seorang wartawan jenayah, Syahril A. Kadir mengenai sebuah kes yang hampir sama, yang berlaku sekitar 19 tahun lalu.

Menerusi Facebook Garasi TV, Syahril berkongsi kisah yang bermula pada 22 Februari 2002 pada ketika Malaysia pada ketika itu sedang dalam cuti umum.

Pada ketika beliau di pejabat, beliau menerima panggilan daripada sumber yang memaklumkan adanya kes besar di mana satu bas pelancong dihijack di lebuh raya dan kesemua penumpang dirompak.

Tidak sampai 10 minit menerima panggilan tersebut, keadaan menjadi kecoh. Jabatan Pengarang menerima panggilan yang tidak putus-putus.

Rupa-rupanya sebuah bas (koc lapangan terbang) yang sedang dalam perjalanan membawa 24 orang penumpang dari LRT Jalan Chan Sow Lin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan semasa melalui Lebuh raya Utara PLUS berhampiran Bangi kira-kira jam tujuh pagi oleh 10 orang lelaki.

Kesemua penumpang dirompak, pelbagai barangan dirompak dan kerugian yang dialami penumpang sekitar RM14,000 sehingga ia disifatkan beliau sebagai satu rompakan nekad yang tak pernah berlaku di Malaysia.

Kes ini mendapat liputan meluas media.

Tidak lama kemudian, beberapa individu yang terlibat berjaya ditangkap termasuk perancang utamanya yang dikenali sebagai Din Jerawat dan rakannya, Rozali.

Namun menurut Syahril, ketika negara ‘dibuai’ dengan kisah penangkapan mereka, tiba-tiba Din Jerawat dan Rozali dimaklumkan berjaya memboloskan diri dari lokap polis pada jam dua pagi melalui lubang yang dibuat dengan cara siling lokap IPK Selangor dan cermin tingkap stor dipecahkan.

Sekatan jalan raya dijalankan secara meluas. Gerakan besar-besaran dilancarkan. Tidak beberapa lama kemudian, Rozali menyerah diri di IPD Petaling Jaya. Namun Din Jerawan masih bebas.

Sehinggalah selepas 29 hari operasi pemburuan dilakukan, Din Jerawat berjaya ditangkap. Yang lucunya, lokasi beliau diberkas adalah di kawasan parkir kereta Zoo Negara.

Wartawan Jenayah Kongsi Kisah Lucu Semasa Penjenayah ‘Din Jerawat’ Diberkas Polis Selepas 28 Hari Lolos Lokap 1

Semasa dibawa ke IPD Ampang, muka Din Jerawat dilihat bengkak teruk seperti disengat tebuan.Info penangkapan Din Jerawat itu pun didapati daripada Datuk Fauzi Shaari yang bertugas sebagai Ketua Polis Selangor pada ketika itu.

Misteri apa yang dilakukan Din Jerawat di Zoo Negara masih tiada jawapan sehingga ke hari ini.

Sumber: Syahril Kadir, Garasi TV