Caj RM1 Antara Bank ATM Februari 2022

Caj Pengeluaran RM1 Antara Bank Di Mesin ATM Akan Dikenakan Mulai Februari 2022

Ketika awal kedatangan pandemik COVID-19, kerajaan mengumumkan memberi pengecualian caj pengeluaran RM1 antara bank di ATM yang menggunakan rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) yang berkuat kuasa pada 6 April 2020.

Dimaklumkan, langkah berkenaan dibuat bagi memastikan orang ramai tidak berpusu-pusu membuat pengeluaran menerusi kaunter juruwang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) kemudian memaklumkan ianya akan diteruskan dan sebarang keputusan sama ada menyambung atau menamatkannya akan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

Walau bagaimanapun, faedah yang dinikmati rakyat selama hampir 20 bulan nampaknya bakal berakhir apabila beberapa pihak bank telah mula mengeluarkan notis bahawa ianya akan ditamatkan pada tahun 2022.

Dalam perkembangan terkini, Rggt melaporkan, pengumuman itu telah dibuat oleh pihak Citibank dan KFH Malaysia di laman sesawang mereka yang memaklumkan caj pengeluaran RM1 akan kembali dilaksanakan pada 1 Februari 2022.

Caj RM1 Antara Bank ATM Februari 2022

Begitu juga dengan CIMB yang turut mengumumkan notis sama di akaun laman sosial rasmi mereka.

Namun setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) atau pihak Paynet berhubung pengembalian semula caj berkenaan.

Melihat notis awal beberapa bank ini, netizen memberi reaksi negatif kerana pengecualian caj RM1 sudahpun setahun dilaksanakan. Malahan, orang ramai masih berpendapat masih ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Covid belum pulih, ekonomi pun belum pulih.”

“Untung juta -juta setiap tahun pun tak boleh nak mansuh sistem ni.”

“Takpayah la merepek. Gaji 1.2k tolak semua. Kadang orang sampai tahap RM10 pun dia nak withdraw tapi kena charge RM1. Haihh nak kekalkan untuk overseas bank takpa la.”

“Dah 2 tahun praktis zero charges in withdrawal ni. Its time to just let it go. Just let it go. I believe it wont hurt the organization.”