Harta Sajat Tetap Disita Walaupun Di Australia

Sajat Tetap Boleh Bankrap Dan Harta Disita Walaupun Di Australia, Kata Peguam

Selepas beberapa siri berkaitan masalah perniagaannya di sini, aset usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat yang disita dua minggu lalu, bakal dilelong pada jam 10.30 pagi Selasa.

Menurut perintah mahkamah yang dikeluarkan 8 Disember lalu, lelongan awam tersebut akan dilakukan di alamat No.2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut peguam, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili, tindakan itu dibuat selepas mendapati Nur Sajat gagal membuat bayaran pampasan setelah writ penyitaan ditampal di premisnya pada 14 Disember lalu.

Sajat memberi respon mengenai lelongan asetnya disini memaklumkan dia tidak kisah kerana sudah tidak lagi berada di Malaysia dan tindakan untuk menyita dan menjual harta miliknya tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.

Dia turut mendakwa tindakan itu dibuat sebagai helah agar dia pulang semula ke Malaysia. Difahamkan, lelongan aset itu hanya melibatkan barangan di dalam kediaman itu sahaja.

Harta Sajat Tetap Disita Walaupun Di Australia
Kediaman Sajat Di Damansara

Duduk di Australia, tetap boleh disita harta

Walaupun Sajat kini tinggal di Australia, dia masih boleh dikenakan tindakan termasuk pengisytiharan bankrap dan penyitaan hartanya di sana selepas melarikan diri dari Malaysia.

Menurut peguam Nurul Hafidzah yang mewakili bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd., ini dilakukan menerusi prosiding undang-undang iaitu ‘Resitrocal’ yang boleh digunakan pakai di Australia – dibawah negara-negara Komanwel.

Katanya, langkah itu sekiranya segala sitaan asetnya di negara ini masih belum mencukupi bagi membayar hutang saman penghakiman RM200,000 kepada OWA Resources.

Menerusi Kosmo!, peguam memaklumkan Sajat masih tidak boleh terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang tersebut walaupun berada di negara itu.

“Justeru, segala prosedur yang dilakukan di negara ini juga boleh dilakukan kepadanya di Australia seperti pengisytiharan bankrap, pembekuan akaun dan sita. Jadi dia (Sajat) tidak boleh lari.

“Bagaimanapun, setakat ini saya belum mendapat arahan daripada anak guam untuk ke prosedur tersebut,” katanya.

Difahamkan lebih 30 barang telah sita dan akan dilelong di kediamannya di Damansara termasuklah jam antik, piano, set bilik tidur dan alat solek serta lampu gantung.

Kesemua nilainya dianggarkan lebih RM70,000 sahaja berbanding tuntutan saman penghakiman RM200,000 daripada OWA Resources.

Sumber: Kosmo!