
Isu ‘Berlakon’ Jadi OKU, Ras Adiba Buat Laporan Polis Walaupun Sudah Maafkan
Isu ‘Berlakon’ Jadi OKU, Ras Adiba Buat Laporan Polis Walaupun Sudah Maafkan.
Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap prihatin. Apa jua keadaan, kitalah yang paling dulu menghulurkan bantuan.
Namun, dalam keprihatinan kita terhadap insan lain, masih ada segelintir yang kurang peka, atau tidak peka langsung dengan fasiliti yang disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Hangat di media sosial baru-baru ini menerusi video tular seorang individu berpura-pura berlakon sebagai OKU semata-mata mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk OKU di sebuah pusat beli-belah.
Perkara itu telah mengundang kecaman netizen kerana bukan sahaja telah menyalahgunakan kemudahan disediakan khas untuk golongan OKU, malah seolah-olah turut mempersendakan golongan ini.
Isu ini juga mendapat perhatian Ahli Dewan Negara (Wakil OKU), Senator Datuk Ras Adiba yang menyelar tindakan individu terbabit sebagai biadab.
Ini kurang ajar namanya.
Pohon minta maaf pada komuniti OKU!Tiktok –
iswanishakInstagram –@iswanishak
Facebook –
Iswan IshakYouTube –
Iswan Ishak TV show@pdrmsia_official#okusentral #jangansalahgunakankemudahanoku #janganbiadap #hormatioku pic.twitter.com/SmLGtaERz0
— Ras Adiba Radzi (@SenatorRasAdiba) December 8, 2021
Sedar apa yang sedang berlaku, salah seorang individu yang memuat naik video berkenaan tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf atas keterlanjuran yang berlaku.
Laporan polis tetap dibuat walaupun sudah maafkan
Memetik sumber Harian Metro, Ras Adiba bagaimanapun telah membuat laporan polis berhubung video tular terbabit.
Beliau berkata, meskipun sudah menerima dua permohonan maaf dan memaafkan kedua-dua individu terbabit, namun laporan polis perlu dibuat.
Laporan polis dibuat agar insiden sebegini tidak berulang dan seharusnya tidak boleh sewenang-wenangnya mempersendakan golongan OKU.
Ujarnya, pempengaruh media sosial seharusnya untuk tidak menjadikan golongan OKU sebagai bahan untuk dipersendakan bagi menarik penonton di media sosial mereka.

Katanya, pempengaruh media sosial sepatutnya mencari kandungan yang bermanfaat dan lebih bersifat kemasyarakatan di media sosial, bukannya bahan yang mempersendakan golongan tertentu.
Selain itu, turut tular video beberapa individu mempersendakan OKU semasa menggunakan tandas khas untuk golongan tersebut di sebuah stesen minyak.
Mereka juga tampil mengeluarkan kenyataan maaf yang dibuat melalui satu hantaran di Instagram.
Lepas satu-satu.Korang ni dah kenapa?Hendak sangat ke jadi OKU?!Apa kamu ingat kami tidak ada perasaan hingga kamu rasa ada hak untuk persendakan kami!?Tik Tok – Eyla SN #okusentral#janganbiadap #jangansalahgunakankemudahanoku #kaudahkenapa #hendaksangatkejadioku #itsnotfunnyok pic.twitter.com/yo7n2iYYdh
— Ras Adiba Radzi (@SenatorRasAdiba) December 8, 2021
BACA: Wanita Luah Rasa Kecewa Dinafi Hak Pesan Makanan Melalui Pandu Lalu Hanya Sebab OKU
Sumber: Harian Metro
Trending now



