Harga Makanan Restoran Mamak Naik

Harga Makanan Restoran Mamak Dijangka Meningkat Tahun Hadapan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Harga Makanan Restoran Mamak Dijangka Meningkat Tahun Hadapan.

Belakangan ini, negara mengalami perubahan kos barangan susulan kenaikan kos dalam logistik dan rantaian bekalan.

Trend ini dijangka berterusan sehingga tahun depan, yang mungkin menyaksikan harga makanan meningkat 10% hingga 30%.

BACA: Orang Ramai Mengeluh Dan Terkejut Harga Sayur Naik Mendadak Hingga 200%

Terbaharu, restoran mamak dijangkakan berlaku kenaikan harga makanan dan minuman pada tahun hadapan seperti yang dimaklumkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Memetik sumber Malaysia Kini, kenaikan harga makanan tidak dapat dielakkan berikutan kos bahan mentah dan barangan yang melambung tinggi.

Presiden Presma Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, sebarang cadangan berkaitan akan diputuskan di dalam rundingan dengan agensi serta kementerian berkaitan dalam masa terdekat.

Menurutnya, pihaknya akan mengemukakan cadangan mengenai harga makanan dalam perbincangan dengan beberapa kementerian.

Namun, pihaknya tidak menolak kenaikan akan berlaku tetapi ia pada harga yang paling minimum sesuai dengan kos yang terpaksa ditanggung pada masa ini.

Difahamkan, cadangan kenaikan harga sebanyak 10 peratus bagi setiap menu untuk menampung kenaikan kos 30 peratus harga barang.

Katanya, kedai makan di Lembah Klang dan di lokasi utama mungkin perlu menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 20 sen.

Harga Makanan Restoran Mamak Naik

“Ia membabitkan makanan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu teh tarik, Milo, nasi lemak, roti canai, thosai, capati dan mee goreng.

“Rasanya tidak sampai 60 sen, itu terlalu tinggi. Tapi apapun, kita akan dapatkan pandangan semua pihak bagi mendapatkan rasional kenaikan yang dibuat,” katanya.

Bulan lepas beberapa syarikat, termasuk Nestlé (Malaysia) Bhd dan Fraser & Neave Holdings Bhd telah menaikkan harga runcit produk tertentu ketika ekonomi kembali rancak ekoran sekatan akibat COVID-19.

Begitu juga dengan kenaikan harga kopitiam antara 20 hingga 60 sen untuk secawan, bergantung kepada lokasi kedai yang bermula pada tahun hadapan.

Pemilik perniagaan kopitiam menjelaskan harga sewa yang mahal, kos operasi tinggi serta rendah keuntungan menjadi punca utama di sebalik kenaikan harga.

Sumber: Malaysia Kini