Penduduk Kampung Baru Dipaksa Pindah Pampasan Rendah

Penduduk Kampung Baru Kecewa Pampasan Rendah, Dipaksa Pindah Untuk Projek Pembangunan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isu Kampung Baru bukan perkara baharu kerana ia telah dibincangkan sekian lama namun, timbul lagi kemelut apabila beberapa pihak memaksa penduduk untuk akur dengan projek pembangunan yang ingin dilaksanakan di situ.

Masalah timbul apabila penduduk sekitar Kampung Sungai Baru, Kampung Baru merasakan tawaran pampasan yang diberikan tidak masuk akal dan terlalu rendah.

Mereka di tanah yang berusia sedekad ini pula dipaksa berpindah oleh pihak pemaju keluar dari flat dan rumah mereka dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dibenarkan kerajaan.

Salah seorang penduduk yang terkesan mendakwa mereka yang tinggal di Flat Sungai Baru hanya ditawarkan antara RM200,000 sehingga RM250,000 sebagai balasan, menurut FMT.

Pembangunan semula Kampung Baru dirancang di atas penempatan penduduk melibatkan dua jenis kediaman, iaitu rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan unit di tanah persendirian.

Kampung Baru Dijual

Kebanyakan penduduk tak pernah setuju

Melihat isu menjadi bualan orang ramai, seorang pengguna Twitter @nadialipah yang juga penduduk Kampung Baru kecewa melihat apa yang berlaku ketika ini dan menceritakan kisah di sebalik projek pembangunan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, isu pembelian tanah di Kampung Baru oleh pemaju tidak mendapat persetujuan penduduk meskipun sudah ‘dipujuk’ dengan unit kondominium yang bakal dibangunkan.

Namun, pada Julai 2021, sebahagian penduduk menerima surat Warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.

Surat warta itu berjaya diperolehi oleh pemaju yang memohon melalui Pejabat Tanah setelah penduduk tidak melayan permohonan pemaju sebelum itu.

Penduduk Kampung Baru Dipaksa Pindah Pampasan Rendah
Sumber: Twitter

Penduduk diwajibkan pergi perbicaraan di mahkamah

Sebulan kemudian, tuan tanah diminta untuk menghadiri perbicaraan pertama pengambilan tanah. Katanya, kebanyakan penduduk di Kampung Baru adalah golongan warga emas.

<img src="https://odisi.my/app/uploads/2021/12/2-300x284.jpg" alt="Penduduk Kampung Baru Dipaksa Pindah Pampasan Rendah" width="300" height="284" class="size-medium wp-image-30507" /> Sumber: Twitter

Ujarnya lagi, penduduk diberikan surat pemberitahuan pengambilan tanah selepas surat Warta Kerajaan namun dalam keadaan tidak beradab kerana hanya ditampal di sebuah rumah yang buruk.

Penduduk Kampung Baru Dipaksa Pindah Pampasan Rendah
Sumber: Twitter

Nadia memberitahu penduduk terpaksa akur menerima surat berkenaan selepas merujuk penilai swasta untuk mengira harga tanah milik mereka.

Namun, hampir kesemua penduduk tidak bersetuju dengan nilai unit masing-masing yang dikatakan terlalu rendah selepas menghadiri perbicaraan kedua pada November 2021. Sebagai penduduk, dia merasakan dianiaya oleh pihak pentadbir dan penilai kerajaan.

Penduduk Kampung Baru Dipaksa Pindah Pampasan Rendah
Sumber: Twitter

“Hairan, berapa banyak condo yang nak disumbat dalam Kampung Baru ni? Berdekatan kawasan rumah kami je dah ada 2 high-density condos. Jalan keluar masuk sempit, kereta semakin banyak. Nak tambah condo lagi atas tanah kami?”

Laporan media memaklumkan, kira-kira 70 peratus pemilik di kawasan berkenaan bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu dan telah menurunkan tanda tangan manakala selebihnya membantah.

Memetik Sinar Harian, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pampasan sebenar ke atas penduduk terlibat projek pembangunan semula kawasan itu adalah lebih tinggi daripada nilai didakwa kurang RM250,000.

Namun menurutnya, jumlah pampasan sebenar akan dimaklumkan kepada penduduk selepas mereka bertemu dengan pemaju.