B74B65FC-1F00-48EE-87E9-D4D309F009D7

‘Layangan Putus’ Siri Yang Diadaptasi Daripada Kisah Kecurangan Sebenar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru sahaja ditayangkan pada akhir November lalu, filem Layangan Putus lakonan Reza Rahadian dan Putri Marion kian mendapat perhatian ramai.

Tahukah anda, siri web 10 episod yang diadaptasi daripada tulisan Mommy ASF yang merupakan mangsa kepada kecurangan si suami.

Mengangkat isu curang dalam rumah tangga, Layangan Putus mengisahkan mengenai Aris (lakonan Reza) dan Kinan (lakonan Putri) yang pada awalnya bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan, Raya serta sedang menanti kelahiran anak kedua mereka.

03783A67-FEA3-4640-ABCE-936FC87EA847

Namun perlahan-lahan sikap Aris mula berubah. Beliau semakin sibuk dengan urusan kerja di luar dan mula jarang bercerita mengenai apa yang berlaku di pejabat. Pada ketika itu, Kinan mula mencurigai gerak-geri Aris yang semakin diperkuat dengan penemuan sebentuk cincin di pakaian Aris.

Dicurangi suami sendiri, Mommy ASF atau lebih dikenali sebagai Eca Prasetya merupakan seorang doktor haiwan mula berkongsi kisahnya di salah satu group penulisan ternama Indonedia yang dipimpin oleh Isa Alamsyah, suami kepada penulis terkenal Indonesia, Asma Nadia.

Si suami yang merupakan seorang pemilik akaun YouTube dengan jumlah pengikut lebih satu juta dikatakan berlaku curang sebelum bernikah dengan individu yang juga merupakan salah seorang selebgram dengan alasan mempertahankan hijrah wanita tersebut.

Ditinggal suami tanpa sebarang berita selama 12 hari, si suami akhirnya mengakui pergi berbulan madu bersama isteri keduanya. Mengetahui mengenai pernikahan kedua suaminya, beliau memilih untuk bercerai dengan suaminya dan kini berjuang untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya sendiri.

Daripada tulisan di ‘muka buku’ pada November 2019, kisah ini kemudiannya dihasilkan menjadi novel pada Disember 2020.