
Ruang ‘Sekangkang Kera’ Di Chow Kit Ini Disewa Dengan Harga RM450
Ruang cuma ‘sekangkang kera’ di Chow Kit tapi kadar sewaan tidak masuk akal.
Mengambil kesempatan lokasi tempat tinggal hampir dengan pelbagai kemudahan, ada sesetengah tuan rumah mengamalkan sikap kapitalis menyewakan ruang rumah mereka dengan harga yang jauh lebih tinggi.
Seperti yang dikongsikan di Twitter @hasyudeen, dengan ruang keluasan (tanpa dinding atau penghadang) cuma ‘sekangkang kera’ di Chow Kit ini disewakan dengan kadar RM450 sebulan.
Mengeksploitasi manusia. Ruang seluas ini disewakan pada harga RM 450 sebulan di Chow Kit. pic.twitter.com/vs5sjprM8U
— Nik Hasyudeen (@hasyudeen) December 6, 2021
Mengeksploitasi segala ruang yang ada, malah menurut beliau kadar sewa RM20 hingga RM25 ialah perkara biasa.

Di ruangan komen, ada yang meluahkan kerisauan kerana bimbang Malaysia seakan semakin menghampiri situasi sama dengan di Hong Kong yang mana ratusan ribu rakyatnya terpaksa menginap di ‘rumah keranda’ susulan daripada jurang ekonomi yang terlampau besar.
Area sekitar chow kit ni banyak potensi untuk density (yang teratur ofc) yang boleh menampung kepelbagaian perusahaan komersial dan runcit di situ.
Dekat dengan Sg Klang & Sg Gombak untuk rekreasi, transit link dah mantap tapi hairan perlu terseksa atau kaya melampau utk didiami
— 😵 🇲🇾🚩🏴 (@AiemenRazieq) December 6, 2021
otw jadi hong kong
— afiq🧬 (@abiqjazimins) December 6, 2021
Iyap rumah atas kedai di orang bahagi kan kepada 8-10 bahagian.. lepas tu sewa bilik sekangkang kera 350..pastu pandai plak d tuan rumah p apply baitulmal untuk penyewa yang x da duit..ni 2-4 tahun lepas time visit ibu tunggal d chow kit
— iamnora (@noraakira) December 6, 2021
Jauh berbeza dengan realiti yang sering dipaparkan, rakyat Hong Kong sebenarnya tidaklah semewah yang penduduk dunia bayangkan. Malah sebenarnya ratusan ribu daripada rakyat Hong Kong terpaksa menginap di ‘rumah keranda’.
Biarpun Hong Kong sering diuar-uarkan sebagai sebuah negara yang membangun dan berfungsi sebagai pusat korporat dunia, hakikatnya satu per lima daripada penduduk Hong Kong sebenarnya hidup melarat susulan daripada jurang ekonomi yang terlampau besar.
Dengan kapasiti populasi penduduk yang hampir 7.5 juta, baki kawasan untuk dibangunkan amat terhad menjadikan harga pasaran hartanah melonjak naik secara mendadak.
Baca lanjut: Kepadatan Populasi Paksa Rakyat Hong Kong Menginap ‘Rumah Keranda’
Trending now



