
Lelaki Kongsi Gambar Kerosakan Laluan Simpang Pulai – Cameron Highlands Akibat Tanah Runtuh
Lagi kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands.
Cameron Highlands merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga luar negara.
Suasana sejuk di samping keindahan alam semula jadi merupakan antara beberapa sebab yang menjadikannya sebagai lokasi tarikan pelancongan.
Namun, apabila tibanya musim hujan, Cameron Highlands seakan menjadi tidak selamat kerana banyak kejadian tanah runtuh dilaporkan.
Yang terbaharu, kejadian tanah runtuh di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley ke Cameron Highlands yang telah menyebabkan korban nyawa setakat ini dua mangsa ditemukan dan disahkan maut.
Menurut laporan Utusan Malaysia, operasi kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa masih lagi dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba.
Di media sosial Instagram, seorang pengguna dengan username @davidwu95 telah berkongsi beberapa keping gambar kerosakan yang berlaku di kawasan lereng bukit laluan Kilometer 44 Simpang Pulai ke Cameron Highlands akibat daripada tanah runtuh September lalu.
Susulan daripada kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) mahu kerajaan menjalankan siasatan terperinci serta mengumumkan hasil siasatan kepada orang ramai mengenai punca ia berlaku.
Ini kerana menurut Presidennya, R. Meenakshi, melihatkan banyak kejadian tanah runtuh si sana jelas menunjukkan langkah yang diambil untuk mencegah tragedi ini tidak mencukupi dan bimbang sekiranya terdapat sebarang pembersihan tanah untuk pertanian atau pembangunan lain yang telah atau sedang dijalankan.
Tahukah anda, pada tahun 2023 dikatakan sebuah taman tema dengan konsep Eropah akan dibuka di Cameron Highlands?
“ESCAPE Cameron Highlands bukan hanya akan mengetengahkan tarikan istimewa mereka malah saya dimaklumkan bahawa ia turut menampilkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah, bersinergi dengan warisan Eropah di Cameron Highlands serta cuacanya yang lebih sejuk dan sederhana,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam sesi menandatangani memorandum rasmi secara maya.
Baca lanjut di: Berkonsep Eropah, Taman Tema ESCAPE Akan Di Buka Pada 2023 Di Cameron Highlands
Trending now



