Tular Poster Filem 1963 ‘The Omicron Variant’, Adakah Ia Benar-Benar Wujud 2

Tular Poster Filem 1963 ‘The Omicron Variant’, Adakah Ia Benar-Benar Wujud?

Tular poster filem tahun 1963, The Omicron Variant, adakah ia benar-benar wujud?

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan emunculan varian baharu koronavirus yang dinamakan sebagai Omicron yang berasal dari rantau Afrika Selatan.

Pakar epidemiologi, Dr. Eric Feigl-Ding dari Kesatuan Saintis Amerika Syarikat memaklumkan Omicron ‘agak serius’ dan berisiko mencetuskan Pandemik 2.0 di sana.

Fakta mengenai Omicrom:

1. Omicron merujuk kepada strain baru B.1.1.529 yang pertama ditemui di Gauteng, Afrika Selatan.

2. Varian tersebut mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda banyak daripada varian Delta (B.1.617) yang mencetuskan gelombang teruk di India.

3. Dr. Eric Feigl-Ding berkata varian Omicron menjangkiti mereka yang divaksinasi. Malah ia juga didapati menjangkiti bekas pesakit COVID-19 atau Covid Survivor.

4. Setakat ini, negara Afrika Selatan, Botswana, Hong Kong, Belgium, United Kingdom, Jerma, Itali, Denmark, Australia, Netherlands dan Israel telah dilaporkan kes varian Omicron.

BACA: Risiko Varian Omicron, KKM Tak Tolak Kemungkinan Jadikan Dos Penggalak Sebagai Pelengkap Vaksinasi

Diklasifikasikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian yang dibimbangi kerana cirinya berbeza daripada varian-varian COVID-19 sebelum ini, kes pertamanya sudah dikesan di Malaysia melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun yang merupakan seorang pelajar universiti swasta di Ipoh, Perak.

Hari ini, tiba-tiba sahaja media sosial tular dengan sebuah poster filem tahun 1963 yang bertajuk The Omircron Variant dengan tagline ‘Hari Di Mana Bumi Bertukar Menjadi Tanah Perkuburan‘.

Tular Poster Filem 1963 ‘The Omicron Variant’, Adakah Ia Benar-Benar Wujud 1
Sumber: @BeckyCheatle

Pastinya, ada yang percaya bahawa filem berkenaan benar-benar wujud dan mengatakan wabak ini adalah salah satu konspirasi yang sebenarnya sudah lama dirancang.

Untuk pengetahuan anda, poster filem The Omicron Variant berkenaan sebenarnya disunting daripada sebuah poster filem tahun 1974 yang bertajuk Phase IV yang dijual dengan harga 1,200 Euro.

Seorang pengarah dan penulis Irish, Becky Cheatle mengakui poster berkenaan adalah hasil suntingannya menerusi aplikasi Photoshop dan ia dicipta hanya untuk suka-suka.

Menurut sumber India Today, memang wujudnya filem yang meletakkan Omicron pada tajuk iaitu Omicron (1963) dan The Visitor from Planet Omicron (2013), namun keduanya bukanlah mengenai pandemik.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menerusi idak menolak kemungkinan bahawa akan menjadikan dos penggalak sebagai pelengkap vaksinasi.

Namun semua itu masih lagi dalam kajian.