China Haramkan Pempengaruh ‘Show Off’ Gaya Hidup Mewah Di Media Sosial 1

China Mula Haramkan Pempengaruh ‘Show Off’ Gaya Hidup Mewah Di Media Sosial

Di China, pempengaruh media sosial dan selebriti memainkan peranan yang penting dalam memberikan pengaruh kepada masyarakat.

Namun sejak beberapa tahun lalu, China mula menyekat pengaruh pempengaruh (influencer) dan pelakon popular di media sosial.

Presiden China, Xi Jinping mengarahkan agar media sentiasa dipantau daripada pengaruh luar negara.

Tidak kira jika individu berkenaan adalah pelakon A-list, YouTuber terkenal mahupun ahli perniagaan berpengaruh kesemuanya perlu mengikut arahan yang ditetapkan kerajaan.

Yang terkini, kerajaan China mengharamkan para pempengaruh untuk menunjuk kehidupan mewah mereka di sosial media bagi tujan ‘menyederhanakan’ kandungan yang boleh menyebabkan gangguan sosial.

Angkuhnya China Tersungkur Kerana Koronavirus 1

Dalam pengumuman tersebut, bahagian yang menguruskan ruang siber China turut melarang agar golongan ini tidak menyebarkan khabar angin, menerbitkan maklumat palsu atau eribadi serta memulakan provokasi yang boleh memulakan serangan lisan antara satu sama lain.

Malah para broker juga dilarang menggunakan pempengaruh sebagai ikon untuk menarik lebih ramai pelanggan melainkan sekiranya pempengaruh berkenaan memiliki sijil yang sah.

Terdahulu, antara selebriti yang pernah hilang akibat daripada undang-undang baharu ini ialah bintang filem, Zhao Wei yang terkenal dengan watak penjaga gol dalam filem popular Shaolin Soccer serta Fan Bingbing.

Baca lanjut: Pelakon Popular ‘Hilang’ Daripada Internet Susulan Sekatan China Kepada Pempengaruh Media Sosial

Malah hanya pernah mengkritik ‘kapital’, YouTuber China yang sering memuat naik konten-konten di desa, Li Ziqi juga pernah dilaporkan hilang selama dua bulan daripada media sosial.

Baca lanjut: Kritik ‘Kapital’, YouTuber China Dengan Konten Kampung Pula Dilapor Hilang

Tahukah anda, selain daripada dua nama yang disebutkan di atas ada beberapa nama besar lagi yang pernah hilang selepas mengkritik kerajaan China?

Baca lanjut: Selain Jack Ma, Ini 5 Individu Yang Pernah Hilang Selepas Kritik Kerajaan China