Wanita Malaysia Antara 43 Orang Di Dunia Yang Memiliki Kumpulan Darah Yang Paling Sukar Ditemukan 2

Wanita Malaysia Antara 43 Orang Di Dunia Yang Memiliki Kumpulan Darah Paling Sukar Ditemukan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ada beberapa kumpulan utama darah yang umum sedia maklum iaitu darah jenis A, B, AB dan O. Namun, tahukah anda ada beberapa lagi kumpulan darah yang jarang atau sukar ditemui di dunia yang hanya ada pada beberapa individu sahaja di dunia?

Sebagai contoh, baru-baru ini seorang wanita Malaysia menjadi perhatian di media sosial selepas dikatakan kumpulan darah jenisnya hanya dimiliki oleh 43 orang sahaja di dunia?

Menerusi satu perkongsian di Facebook Derma Darah Terengganu Kite, wanita tersebut memiliki darah dari kumpulan Rhnull, salah satu kumpulan darah yang dikategorikan sebagai ‘darah emas’.

Wanita Malaysia Antara 43 Orang Di Dunia Yang Memiliki Kumpulan Darah Yang Paling Sukar Ditemukan 1
Sumber: FB Derma Darah Terengganu Kite

Menurut perkongsian tersebut, darah yang didermakan beliau akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur sebelum disejukbekukan dalam peti nitrogen dengan suhu -80 darjah celsius selama 10 tahun.

Jika ada pesakit yang memerlukan darah daripada jenis kumpulan yang sukar ditemukan ini, maka ia akan dicairkan untuk digunakan.

BACA: Campuran Darah, Peluh Dan Air Mata Manusia Untuk Hasilkan Bahan Konkrit Di Marikh

Menurut laman Discovery, dalam 43 orang yang memiliki darah ini, hanya terdapat sembilan penderma aktif. Keupayaan darah Rhnull dalam menyelamatkan nyawa adalah besar kerana ia boleh dianggap sebagai darah ‘universal’ bagi sesiapa yang memiliki darah yang jarang ditemui.

Disebabkan itu, ia sangat dihargai doktor dan hanya akan diberikan kepada pesakit selepas pertimbangan yang teliti kerana ia hampir mustahil untuk diganti.