Pengarah Drama Teruk Dikecam Selepas Babak Pengetua SBP Selamba Hisap Cerut Depan Pelajar Lepas Siaran 1

Pengarah Drama Teruk Dikecam Selepas Babak Pengetua SBP Selamba Hisap Cerut Depan Pelajar Lepas Siaran

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pengarah drama teruk dikecam selepas babak pengetua SBP hisap cerut lepas siaran.

Beberapa hari lalu, tangkap layar sebuah drama televisyen yang sudah pun lama tamat siarannya menjadi perhatian di media sosial selepas satu babaknya yang tidak masuk akal.

Iaitu di mana aksi seorang pengetua sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang bertaraf elit di Cameron Highlands, Pahang dengan selambanya menghisap cerut di hadapan pelajarnya.

Pengarah Drama Teruk Dikecam Selepas Babak Pengetua SBP Selamba Hisap Cerut Depan Pelajar Lepas Siaran 2

Biarpun SBP berkenaan cumalah rekaan, namun termaktub di bawah undang-undang menetapkan semua insititusi pendidikan termasuklah SBP sebagai kawasan larangan merokok sejak diwartakan kerajaan pada 1997.

Dalam satu hantaran yang dikongsi semula Facebook Public Health Malaysia, Yasmin Hanani Muhammad Sufian mempertikaikan adegan pengetua SBP dalam drama berkenaan sebagai satu tindakan yang mengaibkan imej profesion seorang guru.

Berbeza dengan di Malaysia, ada beberapa buah negara luar mengaburkan objek berbahaya seperti pisau dan rokok dalam filem atau drama mereka sekiranya tayangan dibenarkan untuk penonton secara umum.

Malah di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 juga menjustifikasikan babak yang tidak memaparkan tanda amaran sebelum ia disiarkan adalah satu kesalahan.

Drama tempatan sering menjadi sebutan dan dibandingkan dengan drama luar negara. Antara yang pernah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan netizen ialah drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang mana menampilkan gandingan Sharifah Rose dan Redza Rosli sebagai teraju utama.

Pada ketika itu, apa yang menjadi pertikaian netizen ialah babak salah seorang pelakon di atas kerusi roda di kafe. Jika dilihat hanya pada sekeping gambar yang tular ini, susunan kafe berkenaan agak sukar untuk memungkinkan individu berkerusi roda berada di ‘bahagian dalam’.

Baca lanjut: Babak Kerusi Roda ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ Cetus Kekeliruan, Ini Reaksi Namron