Wanita Koma Didera Suami Bakal Bersalin Risiko

Wanita Pernah Koma Didera Suami Bakal Bersalin, Adik Luah Bimbang Risiko Pembedahan

Wanita Pernah Koma Didera Suami Bakal Bersalin.

Pada Mei lalu, media sosial digemparkan dengan tragedi seorang lelaki telah memukul isterinya sehingga koma. Lebih memilukan apabila wanita tersebut sedang hamil anak sulung yang ketika itu usia kandungan memasuki 8 minggu.

Ketika kejadian, Jahidah Nordin, yang juga penjawat awam dan bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah kerana cedera parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Jahidah mula membuka mata Jun lalu ketika kandungannya berusia 13 minggu. Kini, dia sedang menunggu hari untuk bersalin. Kandungannya juga difahamkan sudah mencecah usia 35 minggu.

Menghitung hari untuk bersalin

Dia yang kini dijaga sepenuhnya oleh adiknya Fauziah, dijangka bakal melahirkan bayi dalam kandungannya secara pembedahan pada 1 Disember ini.

Selepas hampir enam bulan peristiwa hitam itu, Jahidah menunjukkan perkembangan positif dan bayi dalam kandungannya membesar dengan baik.

Adiknya memaklumkan perkembangan kakaknya setakat ini masih lagi separa sedar dengan kondisi hanya mampu terlantar di katil.

Risiko tinggi dan boleh bawa kematian

Walau bagaimanapun, Fauziah meluahkan kebimbangan apabila difahamkan keadaan kakaknya itu akan memberi risiko tinggi dan boleh membawa kematian.

“Doktor pakar sudah sahkan Kak Jahidah akan dibedah melahirkan anak pada 1 Disember ini, tetapi risikonya amat tinggi dan boleh membawa kematian.

“Kak Jahidah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sejak 22 November lalu tetapi kami tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat,” katanya.

Wanita Koma Didera Suami Bakal Bersalin Risiko

Jelas Fauziah, doktor memaklumkan bahawa kakaknya itu bakal berhadapan pelbagai komplikasi dan pembedahan bersalin nanti turut diawasi oleh Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ini disebabkan keadaan kakak yang tidak boleh respon dan juga base line (otaknya) memang sudah rosak, ada pendarahan.

“Semasa pembedahan nanti, kak Jahidah akan dibius penuh dan peluang untuk sedar semula agak berisiko tinggi kerana keadaan otaknya, namun doktor akan terus mengawasi tahap oksigen kakak,” katanya.

Ujarnya, antara kemungkinan komplikasi yang akan dialami kakaknya ialah respiratory distress (kesukaran pernafasan), pendarahan, jangkitan kuman, cardiact arrest (jantung terhenti) dan kematian.

Ketika ini, dia hanya mengharapkan yang terbaik untuk kakaknya dan bayi lelaki yang bakal dilahirkan nanti.

@ziahzara15

Kakak macamana ya hari ni kat hospital…😷#ziahzara #countingdays #pregnant #braindamage #mangsaderasuamidayus

♬ Berhenti Kasihan – Lagu Sabah Terbau

Laporan terakhir media mengenai suaminya pula pada Jun lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isteri ketiganya itu.

Sumber: Utusan Malaysia, BH