6 Produk Gardenia Naik Harga Bermula 1 Jun Ini 4

Gardenia Naikkan Harga Produk Antara 10 Sen Ke 45 Sen Bermula 1 Disember 2021

Harga Gardenia Naik 1 Disember 2021.

Dalam pada orang ramai hangat memperkatakan mengenai kenaikan harga sayur yang dilaporkan meningkat secara mendadak, nampaknya pengeluar roti tempatan Gardenia turut menaikkan harganya.

BACA: Orang Ramai Mengeluh Dan Terkejut Harga Sayur Naik Mendadak Hingga 200%

Tular di media sosial yang memaparkan senarai harga baharu untuk pelbagai produk roti dan ban Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd yang akan dinaikkan mulai 1 Disember 2021.

Lelaki ‘Buat Gila’ Jual Kembali Roti Gardenia Dengan Harga RM699 Sebuku 1
Sumber: Harian Metro

Harga baharu Gardenia Original Classic 400g adalah RM2.80 sebuku (naik daripada RM2.50), Gardenia Original Classic Jumbo 600g RM4 (naik daripada RM3.55), dan Gardenia Bran & WheatGerm 400g RM2.90 (naik daripada RM2.50).

Selain itu, harga Gardenia Fluffy Buns akan naik kepada RM3.70, dan Gardenia Puazz Buns kepada RM1.30 serta harga Gardenia Numee sebanyak RM1.70.

Harga Gardenia Naik 1 Disember 2021

Dalam surat kepada peruncit, syarikat itu memaklumkan bahawa semakan harga itu disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.

Dimaklumkan setakat ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih belum menghubungi Gardenia dan pihaknya akan bertemu pengurusan syarikat itu esok sebelum mengeluarkan kenyataan, menurut FMT.

Kenaikan harga produk Gardenia kali terakhir pada 1 Jun 2021 yang melibatkan enam produk mereka.

Ia susulan daripada peningkatan kos yang terpaksa ditanggung pihak syarikat yang mana berlakunya kenaikan kos luar biasa daripada segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat.

Selain Gardenia, syarikat yang dikenali dengan harga barangan murah turut mengumumkan kenaikan harga di semua cawangan mereka mulai 1 Disember ini.

BACA: Kos Makin Meningkat, Eco-Shop ‘Berat Hati’ Umum Naik Harga Barang Di Semua Cawangan