Trailer Baharu Raging Fire

Tonton Trailer Baharu Raging Fire, Papar Aksi Lebih Mendebarkan Donnie Yen Dan Nicholas Tse

Filem blokbuster aksi yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2021, akhirnya Raging Fire bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Trailer baharu yang dikeluarkan menyaksikan pertarungan hebat antara Donnie Yen dan Nicholas Tse yang pastinya memberikan keterujaan kepada para peminat.

Filem arahan pengarah terkenal Hong Kong, Benny Chan ini mengisahkan tentang pegawai polis yang cuba menangkap penjahat apabila operasi penangkapan penjenayah tidak berjalan lancar dan mereka berjaya melarikan diri bersama dadah.

Menerusi trailer ini, dapat dilihat babak permainan psikologi antara Donnie Yen dan Nicholas Tse yang sedikit sebanyak memberikan petunjuk berkenaan jalan cerita filem ini.

Raging Fire

Untuk pengetahuan anda, filem ini menyatukan kembali Donnie Yen dan Nicholas Tse untuk pertama kalinya sejak mereka bekerjasama dalam filem Dragon Tiger Gate pada tahun 2006.

Filem ‘Raging Fire’ (2021) yang diarahkan Benny Chan dan dibintangi oleh Donnie Yen, Nicholas Tse dan Qin Lan akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2 Disember 2021. Filem ini dibawakan oleh Lotus Five Star with Marketing Partner RAM Entertainment.

BACA: Raging Fire, Gandingan Mantap Nicholas Tse Dan Donnie Yen