Harga Tiket Sarawak Mahal Dari London

‘Tak Masuk Akal!’ – Netizen Berang Tiket Penerbangan KL Ke Sarawak Lebih Mahal Dari London

Sudah menjadi senario sejak dulu lagi apabila tiba musim perayaan dan cuti persekolahan, didapati harga tiket lebih mahal daripada biasa.

Contohnya, syarikat penerbangan akan menaikkan harga tiket semasa musim perayaan atas faktor tertentu namun hal ini menjadikan sukar bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai keluhan anak Sarawak apabila mendapati harga tiket penerbangan dari Semenanjung ke Bumi Kenyalang itu dirasai begitu mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.

Seorang pengguna Twitter, @aripfredo memuat naik ciapan memaparkan harga tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Kuching pada tarikh 25 Disember 2021 yang dilihat amat mahal.

Lelaki itu turut membuat perbandingan dengan disertakan tangkap layar laman sesawang syarikat penerbangan terbabit, didapati harga tiket pada tarikh tersebut berharga RM1,499.18 (kelas ekonomi) manakala bagi penerbangan serupa ke London berharga RM1,469.

Harga Tiket Sarawak Mahal Dari London Harga Tiket Sarawak Mahal Dari London

Mungkin kerana kecewa, dia turut bergurau lebih baik menyambut perayaan Hari Natal di London yang jaraknya lebih 10,000 kilometer berbanding pulang ke kampung halaman yang hanya sejauh 971 kilometer.

Menerusi ciapan yang sama, dia turut menyatakan syarikat penerbangan lain juga menunjukkan kenaikan harga tiket.

Penyanyi dan penulis lirik dari Sarawak, Alena Murang turut menyuarakan pandangan sama di akaun Facebook mengenai isu kenaikan tambang penerbangan pada musim perayaan yang dilihat agak melampau.

“Bagi pihak semua rakyat Sarawak, mereka yang bekerja di luar Sarawak dan mereka yang menunggu orang tersayang pulang ke rumah. Minta jasa kurangkan harga atau sekurang-kurangnya berikan kami penjelasan yang logik untuk harga itu,” rayunya.

Harga Tiket Kuching Mahal Dari London

MAS beri respon

Menjawab pertanyaan lelaki terbabit, pihak MAS memberi alasan bahawa harga ditetapkan secara dinamik dan berubah-ubah mengikut permintaan dan penawaran.

Walau bagaimanapun, respon tersebut tidak tidak memuaskan sesetengah pihak dengan berharap pihak yang bertanggungjawab perlu menyelesaikan isu ini.

Memetik laporan pada 2 November, parlimen ada membincangkan isu tersebut yang menyatakan harga tiket penerbangan yang tinggi ini antara lain merupakan kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh kerajaan negeri sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.