Orang Ramai Mengeluh Dan Terkejut Harga Sayur Naik Mendadak Hingga 200%

Orang Ramai Mengeluh Dan Terkejut Harga Sayur Naik Mendadak Hingga 200%

Orang Ramai Mengeluh Dan Terkejut Harga Sayur Naik Mendadak Hingga 200%.

Sebelum ini ramai mengeluh senario kenaikan harga bahan mentah seperti ayam, ikan dan lembu serta telur, kini harga beberapa jenis sayur turut dilaporkan meningkat.

Orang ramai mula meluahkan rasa kecewa apabila harga beberapa jensi sayur-sayuran di pasaran didapati naik mendadak hingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Isu kenaikan harga sayur ini menjadi bualan ramai dalam kalangan netizen selepas Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader mendedahkan kenaikan harga sayur-sayuran yang melampau.

Menurut laporan, pemantauan CAP mendapati harga beberapa jenis sayur yang dijual di pasar naik dan peniaga memaklumkan mereka diberitahu oleh pengedar serta pemborong bahawa kemungkinan harga sayur-sayuran akan terus meningkat.

“Pemantauan kami mendapati harga lapan jenis sayuran semakin naik sejak dua minggu lepas iaitu kubis bunga, sawi pendek, brokoli, sawi, kacang buncis, kubis, cili merah dan cili hijau,” katanya.

Harga Sayur Naik Mendadak 200%
Sumber: The Malaysian Insight

Ujarnya, tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga atau pemborong yang melanggar undang-undang kerana kenaikan harga sayur-sayuran itu memberi impak yang besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Harga sayur naik atas faktor cuaca, musim sejuk

Dalam pada itu, kenaikan harga sayur ini dikatakan disebabkan faktor cuaca termasuk hujan tidak menentu serta kerosakan tanaman petani di Cameron Highlands, menyebabkan bekalan sayur-sayuran di pasaran berkurangan hingga menyumbang kepada kenaikan harga.

Malah, bekalan sayur import turut berkurangan kerana negara pengeluar mengalami musim sejuk melampau ketika ini.

Dijangka terus meningkat hingga cuti Tahun Baru Cina

Sementara itu, Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur menjangkakan harga sayur-sayuran terus meningkat sehingga selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina atas faktor peralihan Monsun Timur Laut.

Tambahnya, kenaikan itu juga disebabkan oleh kekurangan bekalan dan tenaga kerja. Kos pengangkutan juga meningkat, menyebabkan pembekal tiada pilihan kecuali menaikkan harga barang.

BACA: Ini Punca Harga Bawang Kerap Naik Dan Kenapa Malaysia Tak Tanam Sendiri