Kongsi ‘Struggle’ Menghampiri Usia 30 Tahun, Ramai Yang Setuju Dengan Luahan Lelaki Ini 1

Kongsi ‘Struggle’ Menghampiri Usia 30 Tahun, Ramai Yang Setuju Dengan Luahan Lelaki Ini

Usia 30 tahun seakan menjadi garis kepada perubahan dalam kehidupan seseorang yang akan mula memasuki fasa dewasa yang lebih serius.

BACA: Wanita Ini Kongsi 5 Tip Bagaimana Boleh Simpan RM130,000 Dalam Setahun

Berkongsi mengenai struggle menghampiri usia 30 tahun yang bakal dihadapi dalam tempoh masa beberapa tahun lagi, hantaran seorang lelaki, Yi Xuan menjadi tular dan dikongsi lebih 66,000 kali.

Mengikut norma, usia 30 tahun adalah usia yang mana individu akan berkahwin, memiliki hartanah pertama, stabil daripada segi kewangan dan kerjaya dengan gaji yang tinggi.

Kongsi ‘Struggle’ Menghampiri Usia 30 Tahun, Ramai Yang Setuju Dengan Luahan Lelaki Ini 1
Sumber: No Money Lah by Yi Xuan

Namun apa yang beliau alami di fasa ini:

1. Saya terasa ketinggalan dalam hidup. Ramai rakan sebaya akan berkahwin, beli rumah atau kereta pertama mereka. Sedangkan saya masih bujang dan tak mencapai sesuatu yang bermakna dalam kehidupan buat masa sekarang.

2. Saya tak pernah terasa tidak pasti seperti ini sebelumnya. Bagaimana jika saya gagal dan perlu memulakan pada atau selepas usia 30 tahun? Mampu ke saya bersaing dengan mereka yang lebih muda pada ketika itu?

3. Selepas meletakkan begitu banyak masa dan usaha dalam kerjaya, saya masih tidak mecapai apa-apa yang penting dalam hidup. Saya berasa marah. Berapa banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk keadaan memihak kepada saya?

4. Saya sentiasa mahu lakukan banyak perkara. Tetapi semakin kuat naluri untuk melakukan sesutu, semakin saya kurang produktif.

5. Saya perlu ‘buat’ lebih banyak duit. Berkahwin, membeli rumah dan kereta, membina keluarga, semuanya memerlukan duit. Bagaimana rakan sebaya saya mengendalikan semua komitmen dan kewangan mereka di usia saya?

6. Saya perlukan lebih banyak masa. Bagaimana orang dikeliling saya menyeimbangkan antara kerjaya, hubungan bersama yang tersayang, hubungan keluarga, hobi dan kesihatan dengan baik. Kelihatannya semuanya mampu menunjukkan itu di media sosial.

7. Saya takut. Adakah saya akan mengakhiri usia 20-an saya sebegini? Normal, tidak penting?

Menurut Yi Xuan, sejujurnya tiada jawapan yang tepat kepada segala kerisauan dan ketakutan yang beliau rasakan di atas.

Dan ia agak kelakar bagaimana beliau sebelum ini terfikir yang adanya jawapan kepada segalanya. Apa yang boleh dilakukan ialah.

  • Cari makna memasuki usia 30 tahun untuk diri sendiri dan bukannya orang lain.
  • Menghadkan masa di media sosial. Apa yang orang lain lakukan dalam kehidupan mereka tiada kena mengena dengan saya.
  • Belajar untuk memaafkan diri sendiri dan bersyukur dengan segala kemajuan yang dikecapi sepanjang perjalanan ini.

Apa makna menghampiri usia 30 tahun buat anda?

Sumber: No Money Lah by Yi Xuan