Dikata ‘Fishy’ Kerana Lambat Proses Pesanan, Usahawan OKU Ini Tampil Beri Penjelasan 2

Dikata ‘Fishy’ Kerana Lambat Proses Pesanan, Usahawan OKU Ini Tampil Beri Penjelasan

Dikata fishy kerana lambat proses pesanan, peniaga atau usahawan OKU ini tampil beri penjelasan.

BACA: Ambil Pengajaran Isu Nama Usahawan Dibuang Daripada Syarikat, Wanita Ini Kongsi Apa Tindakan Yang Wajar Diambil Isteri

Seorang peniaga berkerusi roda yang memegang status orang kurang upaya (OKU), Daniel Cheng dalam satu hantaran di Twitternya berkongsi bahawa beliau dikatakan fishy kerana proses pesanan yang dilakukan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Beliau yang menjalankan perniagaan menjual biskut, kerepek dan kekacang berkongsi pelanggan tersebut memohon untuk dipulangkan kembali wangnya atas alasan menunggu lama sejak dari bulan Ogos lagi.

Dikata ‘Fishy’ Kerana Lambat Proses Pesanan, Usahawan OKU Ini Tampil Beri Penjelasan 1
Sumber: @danielcheng91

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Daniel memberitahu proses dari awal sehingga akhir dilakukannya secara sendirian; melayan pelanggan, membungkus dan penghantaran.

“Pergerakanku tak sama dengan orang lain.”

Di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang menyokong Daniel sebagai usahawan OKU dan mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan berpanjangan.

Ada juga yang berkongsi bagaimana keadaan ini boleh diatasi. Antaranya:

Sebelum ini, tular isu seorang usahawan wanita yang dikhianati suaminya sendiri yang merupakan pengasas bersama kepada satu jenama pakaian terkenal di Malaysia.

Seorang wanita yang turut bersimpati dengan nasib beliau telah meminta beliau supaya tidak memohon cerai kepada suaminya terutaanya jika beliau sedang mengandung kerana tuntutan mutaah (hadiah perkahwinan) tidak boleh dibuat.

Antaranya:

  1. Melantik peguam untuk menuntut hak anda dari mula syarikat ditubuhkan sehingga anda dibuang sama seperti pemegang saham yang lain.
  2. Jangan datang kerja dan jangan respon sekiranya suami memerlukan bantuan berkaitan syarikat. Fokus membina syarikat baharu. Hubungi semua pembekal syarikat lama, agen pemasaran lama dengan tawaran harga sedikit tinggi dengan jenama baharu.
  3. Mohon kaunseling atau sulh perbincangan di pejabat agama.
  4. Suami sah menceraikan, bayar peguam untuk membuat tuntutan di Mahkamah Syariah – nafkah isteri dalam edah, harta sepencarian, tuntutan mutaah, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan nafkah anak-anak, tuntutan bekas suami untuk menanggung kos melahirkan.
  5. Hubungi LHDN untuk laporan salah laku kewangan dan cukai syarikat.