Ambil Pengajaran Isu Nama Usahawan Dibuang Daripada Syarikat, Wanita Ini Kongsi Apa Tindakan Yang Wajar Diambil Isteri 2

Ambil Pengajaran Isu Nama Usahawan Dibuang Daripada Syarikat, Wanita Ini Kongsi Apa Tindakan Yang Wajar Diambil Isteri

Beberapa hari ini, nama usahawan pakaian terkenal, Elrah Exclusive hangat diperkatakan di media sosial.

Ia susulan pendedahan Nur Amirah yang mendedahkan beliau dikhianati suaminya sendiri, El Azman yang juga merupakan pengasas kepada jenama tersebut.

Ambil Pengajaran Isu Nama Usahawan Dibuang Daripada Syarikat, Wanita Ini Kongsi Apa Tindakan Yang Wajar Diambil Isteri 1

Nama Nur Amirah dikeluarkan daripada syarikat oleh El Azman selepas meminta untuk berpisah, walaupun sebelum ini beliau adalah antara individu yang sentiasa menyokong suaminya untuk membangunkan syarikat ketika El Azman tidak mempunyai apa-apa.

@aamiey14___

Reply to @_shakielanix ni ptutnya part mula bgi yang tk fahm , doakn beliau #pubgmjinx #kaya #mewah #VansCheckerboardDay #cerai #fypシ #fypp #viral

♬ original sound – Aamiey 🐇 – Aamiey 🐇

Seorang wanita yang turut bersimpati dengan nasib Nur Amirah telah meminta beliau supaya tidak memohon cerai kepada suaminya terutaanya jika beliau sedang mengandung kerana tuntutan mutaah (hadiah perkahwinan) tidak boleh dibuat.

Menurut Karya Kayra, ada beberapa tindakan yang boleh diambil sekiranya ini berlaku. Antaranya:

  1. Melantik peguam untuk menuntut hak anda dari mula syarikat ditubuhkan sehingga anda dibuang sama seperti pemegang saham yang lain.
  2. Jangan datang kerja dan jangan respon sekiranya suami memerlukan bantuan berkaitan syarikat. Fokus membina syarikat baharu. Hubungi semua pembekal syarikat lama, agen pemasaran lama dengan tawaran harga sedikit tinggi dengan jenama baharu.
  3. Mohon kaunseling atau sulh perbincangan di pejabat agama.
  4. Suami sah menceraikan, bayar peguam untuk membuat tuntutan di Mahkamah Syariah – nafkah isteri dalam edah, harta sepencarian, tuntutan mutaah, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan nafkah anak-anak, tuntutan bekas suami untuk menanggung kos melahirkan.
  5. Hubungi LHDN untuk laporan salah laku kewangan dan cukai syarikat.

Sumber: Karya Kayra