
Prasarana Lancar Pas ‘Keluarga Malaysia’, Perjalanan Sehari Tanpa Had Untuk Satu Keluarga
Berita baik buat warga Lembah Klang yang ingin meluangkan masa bersama keluarga di sekitar tempat menarik di sini apabila dapat menikmati kemudahan pengangkutan yang dikenali sebagai Pas ‘Keluarga Malaysia’.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pas ‘Keluarga Malaysia’ bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Pas pengangkutan awam ini bakal dijual bermula 1 Disember ini, membolehkan setiap keluarga seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan pada hari minggu dan cuti umum:
1. Transit aliran ringan (LRT)
2. Transit aliran massa (MRT)
3. Monorel
4. Bas Rapid Transit-Laluan Sunway
Pas ini merupakan inisiatif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan dijual pada harga RM15 dan dapat digunakan seramai empat orang.

Ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL mengikut hari yang dinyatakan di atas.
Katanya, inisiatif pengenalan Pas Keluarga Malaysia ini bertujuan menggalakkan orang ramai beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.
BACA: Aduan Pemuda Ini Mengenai Masalah Eskalator Di LRT Lima Tahun Lalu Masih Belum Selesai
Sumber: Kosmo!
Trending now



