
‘Jai Bhim’ Kritik Sistem Undang-Undang Tidak Telus, Ambil Inspirasi Daripada Kisah Sebenar
‘Jai Bhim’ Kritik Sistem Undang-Undang Tidak Telus, Ambil Inspirasi Daripada Kisah Sebenar
Baru dilancarkan di platform Amazon Prime, filem Tamil yang diterbitkan oleh pasangan suami isteri Jyothika dan Suriya di bawah syarikat 2D Entertainment ini mendapat perhatian meluas di Malaysia.
Dibintangi Suriya sendiri sebagai watak utama bersaa dengan Lijomol Jose, K Manikanda, Rajisha Vijayan, Prakash Raj, Rao Ramesh dan ramai lagi, filem ini sebenarnya dihasilkan berdasarkan kisah sebenar yang berlaku pada tahun 1993.
Jai Bhim dimulakan dengan latar belakang tahun 1995 di daerah Cuddalore, Tamil Nadu yang mana babak polis membebaskan banduan penjara berdasarkan kasta mereka.
Kasta kelas pertengahan dan atas dibebaskan, manakala kasta daripada kelas bawahan akan disalahkan, dituduh dan dipaksa melakukan jenayah dalam beberapa kes yang masih belum selesai.
Babak kemudiannya diteruskan dengan watak Rajakannu dan isterinya, Sengani yang bekerja di ladang keluarga kelas atasan yang mana tugasannya adalah untuk mengawal serangan tikus dan menangkap ular berbisa.
Pada satu hari, selepas selesai bertugas menangkap ular berbisa yang memasuki rumah majikannya, rumah tersebut dilaporkan dipecah masuk dan barang kemas hilang dari dalam almari.
Rajakannu menjadi suspek utama. Namun malangnya, pada ketika beliau diburu, Rajakannu sudah meninggalkan bandar dengan lebih awal untuk bekerja.
Rumahnya digeledah, isterinya yang sarat hamil dipukul kejam. Saudara maranya ditahan dan diseksa bagi memaklumkan di mana keberadaan Rajakannu.
Watak Mythra, seorang guru yang membuka kelas kepada orang dewasa mengenali Chandru, seorang peguam yang giat memperjuangkan kes untuk komuniti kelas bawahan dan berjaya meyakinkan Chandru untuk mencari keadilan buat keduanya.

Di sini bermulalah ketidaktelusan pihak berkuasa yang sama-sama berkomplot bagi mendakwa pasangan berkenaan atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Satu demi satu terbongkar, namun keberadaan Rajakannu masih belum diketahui.
Trailer Jai Bhim
Pada tahun 2019, filem Raatchasi lakonan Jyotika menjadi sensasi di media sosial kerana mengkritik sistem pendidikan sekolah kerajaan di India.
Menghargai sokongan padu rakyat Malaysia pada filem tersebut, Jyothika telah mengirim surat penghargaan kepada Menteri Pendidikan pada ketika itu, Dr Maszlee Malik.
Baca lanjut di: Geetha Rani Kirim Penghargaan Kepada Dr Maszlee, Tanda Terima Kasih Atas Sokongan Padu Rakyat Malaysia
Trending now



