Rakyat Malaysia Dipenjara Teh Disangka Dadah

Dua Beranak Rakyat Malaysia Dipenjara 4 Bulan Gara-Gara Polis Australia Sangka Teh Halia Sebagai Dadah

Rakyat Malaysia dipenjara gara-gara teh disangka dadah.

Sering kita dengar sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang ditahan atau dikenakan hukuman mati di luar negara adalah kerana melakukan kesalahan penyeludupan dadah.

Namun begitu, berlainan pula dengan kisah dua beranak rakyat Malaysia ini yang mana mereka ditahan dan dipenjara selama empat bulan di Australia atas kesilapan pihak polis.

Menurut laporan, seorang wanita rakyat Malaysia dan anak perempuannya dipenjara empat bulan di Australia gara-gara teh halia gula perang yang diimport mereka telah disangka sebagai dadah oleh polis.

Difahamkan, mereka kini sedang dalam proses tuntutan saman ganti rugi terhadap pihak berkuasa Australia.

Insiden bermula apabila Connie Chong Vun Pui dan anakya, Melanie Lim San Yan, membawa masuk teh itu sebagai rawatan bagi meredakan sakit senggugut ketika haid di Malaysia, untuk dijual dengan harga lebih tinggi di Sydney.

Bagaimanapun, tujuan mereka tidak dapat dilaksanakan apabila polis menyerbu rumah mereka di Sydney susulan daripada rampasan penghantaran teh terbabit di lapangan terbang oleh pihak kastam di sana yang silap mengenal pasti kandungannya sebagai amfetamin.

Rakyat Malaysia Dipenjara Teh Disangka Dadah
Sumber: 7News

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai masalah melibatkan ujian bagi mengenal pasti bahan berkenaan selama beberapa minggu, namun tidak mendedahkan maklumat berkenaan kepada pihak tertuduh lebih awal sehingga menyebabkan anak beranak itu dipenjara tanpa jaminan.

Tuduhan yang dikenakan terhadap Connie dan Mellanie hanya digugurkan pada bulan Ogos selepas pihak polis menerima laporan lengkap daripada pihak forensik.

Pihak kastam menggunakan ujian presumptif hazmat untuk mengenal pasti produk yang diimport sebagai Phenmetrazine, bahan perangsang terlarang yang lazimnya digunakan untuk tujuan rekreasi.

Namun, mahmakah difahamkan bahawa ujian itu hanya menjana bahan yang mempunyai spektrum serupa dengan Phenmetrazine – merupakan dadah terlarang di tempat keempat. Dalam situasi ini, ia berkemungkinan disebabkan kandungan gula, sukrosa dan gula tepung dalam teh berkenaan.

Sejak ditahan polis pada Januari, anak beranak itu tidak dibenarkan ikat jamin sehingga Mei dan telah memfailkan saman menuntut kos yang enggan dibayar oleh pihak pendakwa.

Sebutan kes akan bersambung pada Mac 2022.

Sumber: Vice