KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Tawar Harga Tak Masuk Akal Boleh Didenda RM40,000 & Penjara 3 Tahun 4

Gagal Kemuka Dokumen, Peniaga Ikan Siakap Tular Bakal Dikenakan Denda Hingga RM50K Atau Kompaun RM25K Jika Sabit Kesalahan

Susulan daripada gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), peniaga ikan siakap tular di Langkawi yang menjadi sensasi media sosial bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau kompaun RM25,000.

Menurut Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rasol Wahid peniaga ikan siakap tular terbabit memberikan kerjasama namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan yang lengkap dan terperinci mengikut tempoh yang ditetapkan; yang sudah dilanjutkan sehingga 17 November lalu bagi membolehkan peniaga berkenaan membetulkan kesilapan tersebut.

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Tawar Harga Tak Masuk Akal Boleh Didenda RM40,000 & Penjara 3 Tahun 1
Resit yang menjadi tular di media sosial kini.

Tindakan dikenakan susulan kegagalan peniaga menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar. Kertas siasatan telah pun dibuka dan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Awal November lalu, media sosial heboh dengan beberapa hantaran berkenaan bil yang dikenakan sebuah restoran terapung di Langkawi yang dikatakan tidak masuk akal.

Bermula dengan hantaran seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Faris, isu ini semakin besar dengan perkongsian beberapa mereka yang pernah melalui pengalaman yang sama.

Baca lanjut: Daripada Mereka Yang Pernah Termakan Di Kedai ‘Siakap Premium’ Tular

Susulan itu, ada juga perkongsian yang memberitahu bagaimana budaya orang Cina pesan makanan laut di restoran.

Menerusi Facebook Tai Zee Kin, beliau berkongsi cara orang Cina yang selalunya akan melakukan kiraan bajet sebelum melakukan perbelanjaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

1. Di sudut akuarium di tepi restoran makanan laut, akan adanya nama dan jenis makanan laut yang ada dan harga setiap 100g, 1kg atau sukatan yang sesuai.

2. Di tepi akuarium akan adanya penimbang. Pelanggan boleh meminta peniaga untuk menimbang terlebih dahulu makanan atau meminta peniaga memberikan anggaran berat.

3. Sekiranya tiada akuarium, pelanggan akan terus memesan jenis makanan mengikut berat, sekiranya bukan harga tetap. Jika tiada mengikut berat yang ditetapkan, peniaga akan memberikan anggaran berat.

4. Pelanggan akan melakukan kira-kira sebelum bersetuju atau tidak dengan berat yang ditawarkan.

Sumber: Kosmo