18 Tuntutan Daripada Admin Kumpulan ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini’ 4

18 Tuntutan Yang Dibawa Admin Kumpulan ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini?’ Semasa Pertemuan Bersama LHDN

Baru sahaja ditubuhkan pada 21 Julai tahun ini, kumpulan Facebook ‘LHDN CARI SIAPA HARI INI?’ sudah pun berjaya mengumpulkan lebih 22,000 orang ahli.

Ditubuhkan dengan tujuan menyokong mereka yang ‘diganggu’ agensi yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) semasa rakyat yang semakin susah dan miskin di saat negara sedang menghadapi pandemik.

Admin kumpulan berkenaan, Aliff Ahmad dalam satu pertemuan perbincangan bersama pihak LHDN, beliau telah mengemukakan 18 tuntutan yang membawa suara rakyat marhaen:

18 Tuntutan Daripada Admin Kumpulan ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini’ 1
Sumber: FB Aliff Ahmad
  1. Menuntut pihak LHDN bersikap mesra terhadap pembayar cukai di mana-mana tempat dan keadaan.
  2. Menuntut pihak LHDN melayan pembayar cukai sebagai WIRA NEGARA bukan PENJENAYAH.
  3. Menuntut pihak LHDN menjalankan SOP secara telus dan tersusun.
  4. Menuntut pihak LHDN menerima kritikan dan tidak berdendam kepada rakyat.
  5. Menuntut pihak LHDN sedar yang pihak mereka tidak maksum.
  6. Menuntut pihak LHDN mempunyai sifat manusiawi (sympathy) dan insani (empathy).
  7. Menuntut pihak LHDN melahirkan pegawai yang punya nilai timbang rasa dan akal budi yang tinggi.
  8. Menuntut pihak LHDN memahami B40, M40, usahawan SME dan startup, dan denyut nadi rakyat.
  9. Menuntut pihak LHDN menggunakan ruang budi bicara seluas mungkin untuk membantu rakyat marhaen.
  10. Menuntut pihak LHDN tidak mengambil kesempatan terhadap mereka yang jahil (ignorance) tentang cukai dengan memanipulasikan keadaan mereka dan menindas mereka demi mengejar KPI dan bonus.
  11. Menuntut pihak LHDN berhenti menyalahgunakan ruang kuasa dan akta untuk mengugut dan mengancam pembayar cukai.
  12. Menuntut pihak LHDN bersikap adil dengan usahawan SME dan startup tempatan dengan konglomerat kapitalis dari dalam dan luar negara.
  13. Menuntut pihak LHDN mewujudkan budaya mendidik dan dandanan (grooming) terhadap usahawan-usahawan baru. Bukan budaya sergah dan paksa.
  14. Menuntut pihak LHDN bersikap terbuka terhadap laporan mengenai pihak mereka sendiri dan melaporkan tindakan yang dikenakan secara rasmi kepada pengadu.
  15. Menuntut pihak LHDN melantik badan bebas yang mewakili rakyat untuk menjaga integriti dan polisi dalam LHDN.
  16. Menuntut pihak LHDN melantik penasihat syariah yang akan menjaga kemaslahatan dan kemudharatan rakyat dan negara.
  17. Menuntut pihak LHDN sedar yang penalti setinggi 45% adalah haram, jahat dan menindas pembayar cukai. Bahkan jauh lebih tinggi dan hina dari ahlong tidak berlesen.
  18. Menuntut pihak LHDN bersikap adil dalam berurusan dengan rakyat marhaen sebagai contoh, apabila diminta dokumen daripada pihak rakyat, kami diberi tempoh sehari. Pihak LHDN boleh reply lebih 3 bulan.

Sumber: Facebook Aliff Ahmad